Total Pageviews

Friday, 30 August 2013

Cara Menjawab Kiriman Salam Dengan Betul

Cara menjawab kiriman salam dengan betul??? Macam mana tu??? Selama ni salah ke cara kita jawab???

:-)...kebanyakkan muslim dan muslimah menjawab kiriman salam dengan "waalaikumussalam"...terdapat kesalahan berlaku di situ...


Izharnya, jelas di dalam hadis Nabi s.a.w, Nabi mengajarkan apabila  ada orang kirim salam pada kita maka kita hendaklah menjawab "wa'alaika wa'alaihissalam" kerana maknahu(maksudnya) "dan juga kepada kamu dan juga kepada dia selamat sejahtera"...

Sekiranya kita menjawab ''waalaikumussalam" yang maknahu "salam sejahtera kepada kamu''...seolah-olah kita menjawab salam orang yang sampaikan salam kepada kita...padahal orang lain minta tolong sampaikan salamnya kepada kita...


Dan di sini cara menjawabnya :-

-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang lelaki 

"wa'alaika wa'laihissalam''

-Pengirim salam seorang lelaki, pembawa seorang wanita
''wa'alaiki wa'laihissalam''

-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang perempuan

''wa'alaiki wa'alaihassalam''

-Pengirim salam seorang perempuan, pembawa seorang lelaki

''wa'alaiki wa'alaihissalam''

Akhir kata marilah kita perbetulkan cara kita menjawab kiriman salam dan amalkannya kulla yaum(setiap hari)...semoga kita dapat mengamalkannya dan dipermudahkan oleh Allah...insya-Allah...:-)




Thursday, 22 August 2013

25 Nabi


Pernahkah kita terfikir bahawa kita ingat atau tidak kesemua 25 nabi?? Bila anda lihat video ini anda mesti ingin tahu apa maksud lagu yang telah didendangkan oleh lelaki ini...



Subhanallah...merdu sungguh suara beliau...dan ini lirik serta maksudnya sekali...semoga kita dapat mengingati para nabi dengan dendangkan lagu ini...insya-Allah...

Beu ta tueri wahee taulan nan-nan nabi dua limoeng yang tersebut
uloen peu phon awai mula nabi adam nyankeuh intue wahee teungku manduem insan...Allah...yang ke dua hai saudara nabi Idris, lam syurga dalam mata geu toep iblis, lhee nabi Nuh masa keu phone geu peugoet kapai, geu peudieng keunan bala teuntra bineeh beukai...Allah...peut nabi Hud limoeng Saleh nam Ibrahim yang that murah ngen sejahtera peurangui halim, tujoh nabi Lud lapan Ishak ngen Ismail yoh di mina suroh nabi qurban neuk sie...Allah...siploeh Harun siblah Musa aneuk Imran bukeet Tursina get marid deengen tuhan, dua blah Daud lemah lembut mangat that sue, le yang dilee han jadeeh lee teudeng laju...Allah...suah ke lhee blah uloen peugah zulkifli nabi Sulaiman karunia tuhan pangkat tinggi nabi Ilyas karunia Allah udeep jinoe, nam blah Yusuf buleun peungeuh sam sam lakoe...Allah...that jroeh rupa nabi Yusuf hai boh hatee, poe da likha peurumoeh raja nangroe meu glee, tujoh blah su’ib umue ka treep seupoet mata yang joek tungkat keu mukjizat nabi Musa...Allah...ke lapan blah uloen peugah Zakaria,nabi Ayub, nabi Ilyas’ak, nabi Yahya dua ploeh dua hai saudara nabi Yakob...dua ploeh lhee nabi Yunus yang poe eungkoet, dua ploeh peut uloen sebut nabi isa, hana ayah karunia allah tuhan yang esa, dua ploeh limoeng that meukeuneng wahee rakan nabi Muhammad pang ulee rasul kesudahan, Banduem rasul dua ploh limoeng hai boh hatee, yak meurunoe beudoeh jinoe beek laloe lee, jak meurunoe bak ulama beek lee laloe, gadoh bok bang uroe malam telah dudoe, gadoh bok bang uroe malam telah dudoe...

(maaf part yang awal tu tak tahu maksudnya)
Yang kedua wahai saudara kenalilah nabi Idris, dalam syurga dalam mata menusuk iblis, tiga nabi Nuh masa kemarau membuat kapal, diangkat naik bala tentara jenis & bekal, empat nabi Hud lima Shaleh enam Ibrahim, begitu ramah dan sejahtera perangai halim, tujuh nabi Luth lapan Ishak sembilan Ismail, ketika di Mina sembelih qurban suruhan Rabbi, sepuluh Harun sebelas Musa anaknya Imran, di bukit Tursina beliau cakap dengan Tuhan, duabelas Daud yang lemah lembut dan suara merdu, sampai air yang hilir pun sekejap mata langsung beku, tigabelas ada Zulkifli, serta nabi Sulaiman dengan kurnia Tuhan dan pangkat yang tinggi
nabi Ilyas kurnia Allah hidup sampai masa sekarang, enam belas Yusuf sang purnama yang sempurna...Allah...
begitu tampan nabi Yusuf wahai buah hati, tergila-gila si Zulaikha isterinya raja di negeri Mesir, tujuhbelas Syu'ib usia tua dengan mata buta yang serah tongkat kemukjizat nabi Musa...kelapanbelas ku ceritakan Zakaria, nabi Aiyub nabi Ilyasa nabi Yahya...
dua puluh dua hai saudara nabi Ya'kub, dua puluh tiga nabi Yunus yang masuk ke perut ikan, duapuluh empat kusebutkan nabi Isa, tanpa ayah kurnia Allah tuhan yang Esa, dua puluh lima langsung terkenal wahai rakan... Nabi Muhammad penghulu rasul kesudahan
semua Rasul 25 wahai buah hati, belajarlah dari sekarang dan jangan lalai lagi, pelajarilah dengan ulama' dan janganlah lalai, daripada gelisah siang malam dan menyesal kemudian...



Ramai orang mendakwa beliau adalah seorang yang gila sewel...tapi sebenarnya beliau terlalu taksub mempelajari ilmu agama...sampaikan beliau dimasukkan ke pusat sakit mental...memang tidak salah kalau kita mahu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam...tetapi kita perlulah juga mengambil rehat seketika untuk tenangkan fikiran kita...dan kita ini hanyalah manusia biasa saja yang mempunyai akal yang terhad...ilmu Allah itu ibaratkan seluas-luas lautan...tetapi kita mengetahuinya cuma setitik sahaja daripada lautan itu...bersyukurlah dengan apa ilmu yang Allah beri pada kita di dunia ini...

Tuesday, 20 August 2013

Kafarah Dosa ???

Assalamu'alaikum...adakah kita tahu apakah itu kafarah dosa?? 

Pernah dahulu di suatu ketika di mana Rasulullah bertanya kepada seorang Badwi...

Rasulullah: Pernah rasa panas bawah kulit(bimakna demam)?
Badwi: Tidak.
Rasulullah: Pernah rasa sakit kepala?
Badwi: Tidak.
Badwi itu pun berlalu pergi.
Bersabda Rasulullah kepada sahabat: Itulah ciri-ciri ahli neraka.

Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa...maka, apabila kita ditimpa perkara-perkara ini iaitu sakit, musibah dan ujian...ucapkanlah Alhamdulillah dan Innalillahiwainnailaihirojiun dan Allah s.w.t akan membina sebuah rumah untuk kita di syurga kelak...subhanallah...

Jadi, mampukah kita tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah tatkala kita sering diberi ujian dari Allah s.w.t??? Maka, katakanlah di dalam dasar hati kita, Insya-Allah ana boleh...

Apabila kita ditimpa masalah, jangan sesekali kita mengeluh...apabila kita tersungkur ataupun jatuh, janganlah kita salahkan batu atau jalan yang buatkan kita tersungkur...apabila kita jatuh sakit, janganlah sesekali kita marah kepada Allah s.w.t...

                                        

Setiap perkara itu adalah ujian dari Allah s.w.t...itu menunjukkan bahawa Allah s.w.t sayang pada kita...bersabar dan redha kepada Allah s.w.t...

Monday, 12 August 2013

15 Pintu Syaitan Yang Ada di Dalam Diri Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum ya akhi wa ukhti...pada hari ini saya nak kongsi sikitlah ye...dalam diri kita ini sebenarnya terdapat 15 pintu syaitan...tahu tak apakah pintu-pintu tersebut??...inilah antara-antara pintunya...:-

- pintu kemarahan
- cinta akan dunia yang fana' ini
- kebodohan (bimakna, seseorang itu enggan untuk menghadiri majlis ilmu)
- suka panjang angan-angan
- rakus
- bakhil (bimakna, kedekut)
- suka dan mengharapkan akan pujian orang lain
- riak (bimakna, tidak ikhlas menunaikan amal ibadat dan mengharapkan pujian orang)
- u'jub (bimakna, berasa amat bangga dan kagum dengan diri sendiri)
- takut dan sentiasa rasa gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka akan dosa yang dilakukan
- merasa aman daripada pembalasan Allah s.w.t
- putus asa daripada rahmat Allah s.w.t

Seperti yang kita tahu setiap perkara yang buruk ada modus operandinya...inilah senjata untuk menghalang syaitan...

- membaca basmalah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- memperbanyakkan berzikir
- sentiasa beristigfar
- amalkan dan bacalah "la ila ha illa anta subha naka inni kuntumminaz zoli min''
- jangan suka tidur berseorang
- baca doa pagi dan petang
- bersugi
- melaksanakan solat jemaah
- berwudhuk sebelum tidur
- sentiasa menutup aurat
- membaca doa masuk tandas dan keluar tandas
- banyakkan berselawat
- bertaubat
- memperbanyakkan baca al-Quran
- membaca surah Yassin setiap pagi

" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala''

(Fathir: 6)

Tanamkanlah ''senjata-senjata'' ini dalam diri dan hati kita...kerana ia bukan sahaja boleh halangkan kita daripada syaitan...tetapi boleh mengeratkan dan merapatkan hubungan kita kepada Allah s.w.t...insya-Allah... 



Thursday, 1 August 2013

Membalas Kebaikan Manusia

Assalamua'laikum...topik kita pada hari ini ialah tentang membalas kebaikan insan(manusia)...ada dikalangan manusia suka menolong orang secara baik dan mereka dibalas dengan kebaikan...tetapi ada juga dikalangan manusia yang suka menolong orang secara baik dan mereka dibalas dengan keburukan dan hasad dengki...

Tapi kenapa kita kena berbuat dan balas kebaikan terhadap manusia??

Kerana Rasulullah s.a.w memerintahkan umatnya agar membalas kebaikan orang lain, sebagaimana sabdanya:

"Barangsiapa diperlakukan baik(oleh orang), hendaknya ia membalasnya. Apabila ia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah ia memujinya. Jika ia memujinya, maka ia telah berterima kasih kepadanya; namun jika menyembunyikannya, bererti ia telah mengingkarinya..."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, apabila seseorang itu berbuat baik kepada kita, maka kita mestilah berbuat baik pula kepadanya...Justeru, apabila kita inginkan orang lain baik dengan kita, maka kita mestilah baik kepada orang lain...

"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)."
(Surah Ar-Rahman; Ayat 60)


Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah s.a.w bersabda:


"Seorang itu belum merealisasikan rasa syukur kepada Allah selama ia tidak mampu bersyukur(berterima kasih) kepada orang lain terhadap dirinya."


Mudah-mudahan kita akan menjadi orang yang selalu membalas budi orang lain....terutama sekali kepada kedua-dua ibu bapa kita...dan tidak lupa juga kepada orang yang mengajar atau memberi kita ilmu yang baik dan bermanfaat...insya-Allah...

Dan janganlah sesekali kita menjadi manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia kerana pasti golongan ini juga tidak bersyukur kepada Allah...