Pada suatu hari Imam as-Syafie r.a telah datang berkunjung ke rumah Imam Ahmad bin Hambal. Sesudah makan malam bersama, lalu Imam Syafie masuk ke bilik yang telah disediakan oleh Imam Ahmad untuknya supaya beliau segera berbaring(tidur) hingga esok fajar.
Puteri Imam Ahmad yang mengamati Imam Syafie sejak daripada kedatangannya sampai masuk ke bilik untuk tidur berasa sungguh pelik, lalu bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur. "Ayah! ayah selalu memuji dan mengatakan bahawa Imam Syafie itu seorang ulama yang alim. Tetapi setelah aku perhatikan banyak yang perkara yang tidak berkenan di hatiku dan tidaklah sealim yang aku sangka."
Imam Ahmad pun agak terkejut mendengar perkataan yang keluar daripada mulut puterinya. Beliau pun bertanya kembali. "Ia memang seorang yang alim wahai anakku, mengapa engkau berkata sedemikian?"
Puterinya berkata lagi. "Aku perhatikan ada tiga hal(perkara) kekurangannya ayah. Pertama pada waktu disajikan makanan, makannya dengan begitu lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke biliknya, ia tidak bangun untuk solat malam. Dan yang ketiga, ia solat Subuh dengan kita tanpa berwuduk."
Imam Ahmad merenungkan perkataan anaknya itu. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan ingin mengetahui dengan lebih tafsil(bi makna = jelas/teliti), dia menyampaikan pengamatan puterinya itu kepada Imam Syafie.
Setelah menceritakan segalanya kepada Imam Syafie, maka Imam Syafie pula tersenyum apabila mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu Imam Syafie pun berkata. "Wahai sahabatku Ahmad, ketahuilah, aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu itu jelas sekali halal dan ada keberkatannya. Aku tidak meragukannya sama sekali, kerana itulah aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang yang pemurah. Makanan orang yang pemurah itu adalah ubat dan makanan orang yang bakhil itu adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berutbat dengan makananmu."
Kemudian, Imam Syafie berkata lagi. "Ya Ahmad, sedangkan mengapa aku tidak bangun solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin dari Allah, malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqah Islam sehingga aku tidak sempat untuk melakukan solat malam."
Dan Imam Syafie berkata lagi. "Dan kenapa aku tidak berwuduk lagi ketika menunaikan solat Subuh bersamamu, kerana aku pada malam itu tidak dapat tidur walau sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat fajar dengan wuduk solat Isyak."
Subhanallah...:-)