Total Pageviews

Friday, 22 May 2015

Cara Untuk Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum...pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara untuk menunaikan solat sunat dhuha...seperti yang kita tahu solat sunat ini dilakukan pada waktu dhuha di mana pada saat matahari telah pun naik kira-kira 20 minit selepas terbit matahari sehinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum waktu Zuhur)...


Sebagaimana dalam hadis Riwayat Abu Hurairah r.a tentang anjuran Rasulullah terhadap amalan solat sunat dhuda...



      "Telah bersabda Rasulullah s.a.w; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan"



Cara melaksanakan solat sunat dhuha :

1. Lafaz niat solat dhuha;


solat-dhuha-lafaz-niat

         Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Solat Dhuha boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau diulang sehingga 6 kali solat...kebiasaanya di rakaat yang pertama digalakkan membaca surah al-Shams selepas membaca al-Fatihah...kemudian pada rakaat yang kedua pula membaca surah al-Fatihah dan disertakan surah ad-Dhuha...tetapi bagi sesiapa yang tidak menghafal surah tersebut boleh juga membaca sebarang surah yang ada di dalam al-Quran...



2. Doa selepas selesai solat Dhuha;

doa-solat-dhuha-selepas-selesai-sembahyang


            Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikkanMu itu adalah kecantikkan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) perlindunganNya. Ya Allah, sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia. Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikkanMu, KekuatanMu dan QudratMu. Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh."




Sekian, itu sahaja sedikit perkongsian dari saya pada hari ini...jika ada salah silap, mohon tegurlah saya...kerana saya hanyalah insan biasa sahaja...