Total Pageviews

Friday, 6 September 2013

Makanan Berkhasiat Yang Telah Allah Kurniakan

Selama kita hidup di bumi, dah macam-macam makanan yang kita pernah rasa...ayam, ikan, daging, dan lain-lain lagi...sesetengah orang suka memakan makanan yang berat dan ada juga yang suka makan makanan yang ringan di mana ianya tidak elok untuk tubuh badan kita...

sedangkan banyak lagi makanan berkhasiat yang Allah s.w.t telah berikan pada kita...sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang...tetapi makanan inilah yang ramai orang tidak suka...ada yang kata pahit, masam, tidak sedap dan seantero dengannya...

dan di sini terdapat beberapa jenis makanan yang berkhasiat yang ana boleh berkongsi sedikit...

1. lobak - potong ataupun hirisan lobak berbentuk seperti mata...khasiat lobak ialah untuk melancarkan peredaran darah pada mata kita...

2. tomato - mempunyai 4 bahagian sama seperti jantung kita(terdapat 4 chamber) dan warnanya adalah merah sama seperti warna jantung kita...tomato kaya dengan 'lycopine' di mana ia bagus untuk darah dan jantung...

3. walnut - bentuknya seperti otak dan mampu membina 3 dozen pemancar neuron yang boleh meningkatkan fungsi otak kita...

4. kekacang - mempunyai bentuk seperti ginjal...boleh membantu untuk memelihara ginjal supaya berfungsi dengan baik...

subhanallah...betapa hebatnya Allah s.w.t yang telah kurniakan kita makanan-makanan yang berkhasiat...sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tentang pemakanan-pemakanan yang penuh dengan nutrisi...sedangkan kita ini hanyalah manusia biasa sahaja yang dapat tahu serba sedikit tentang pemakanan...

jadi...marilah kita mengamalkan pemakanan-pemakanan yang penuh berkhasiat...supaya tubuh badan kita boleh jadi sihat dan kuat untuk melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t...insya-Allah...



selamat malam kepada yang membaca...assalamua'laikum...

No comments:

Post a Comment