Total Pageviews

Friday, 8 November 2013

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat atau Tinggalkan Solat

Kita tahu bahawa meninggalkan solat ataupun tidak solat dengan sengaja hukumnya adalah dosa besar dan ia lebih hina daripada khinzir. Lihatlah, betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat.

Kita cuba flashback kisah Nabi Musa A.S. Ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga tetapi beliau tiada zuriat. Maka lelaki itu pun bernazar dan berkata dalam hatinya, “jika aku dikurniakan zuriat, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Maka, dengan kuasa Allah s.w.t, Allah pun kurniakan zuriat kepada pasangan tersebut. Kemudian, lelaki itu pun berfikir semula dan berasa amat runsing kerana dia sudah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Menurut syariat pada zaman Nabi Musa adalah berbeza berbanding dengan syariat pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jika pada zaman Nabi Muhammad, tidak perlu tunaikan jika nazar sesuatu perkara yang haram tetapi mesti dikenakan dam(bimakna denda) atau sedekah. Manakala pada zaman Nabi Musa pula, jika sesiapa yang bernazar walaupun ianya haram pun tetap kena tunaikan nazar tersebut.

Kemudian, lelaki tadi pergilah bertemu dengan Nabi Musa dengan rasa amat susah hati lalu beliau menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Nak tahu apa yang Nabi Musa jawab??? Nabi Musa pun menjawab bahawa lelaki tersebut tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi perlu minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Maka Nabi Musa pun perintahkan lelaki itu untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun menurut perintah Nabi Musa dengan senang hatinya.

Izharnya, kisah ini menunjukkan bahawa betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sampai air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Akan tetapi, setelah kita dapat tahu tentang kisah tersebut, adakah kita terfikir bagaimana pula dengan air tangan orang yang tinggalkan solat???

Apabila difikirkan semula, kita sering merasakan masakan air tangan ibu, isteri dan juga kawan-kawan kita. Jadi kepada muslimin dan muslimat, peliharalah solat kamu semua kerana jika kamu meninggalkan solat(tanpa uzur), air tangan kamu akan menitik ke dalam basuhan dan masakan kamu. Anak-anak, suami dan kawan-kawan yang lain pula akan makan masakan kamu itu. Mahukah kita membiarkan hati mereka menjadi gelap apabila merasakan masakan dari air tangan orang yang meninggalkan solat??? Tergamakkah kita untuk melakukan perkara seperti itu kepada mereka yang tidak bersalah??? Tidakkan???
 Maka dengan ini, marilah kita fikirkan sejenak dan ambil iktibar daripada kisah Nabi Musa di atas.


                                           

La Tansa Abadan Zikrullah (Jangan Sesekali Lupa Mengingati Allah)

Jangan sesekali lupa mengingati Allah, seorang hamba tidak akan melupakan tuannya
Mengingati Allah adalah ibadah, nur(cahaya), halawah(kemanisan), dan kebahagiaan
Melihat wajah Allah adalah ganjaran terbaik(di akhirat kelak), maka terbanyakkanlah dalam bicaramu(menyebut) ya Allah, subhanallah...

Mudah sangat untuk kita ingat pada Allah :- 
c -  Samada kita keluar beramai-ramai sebutlah ya Allah
   -  Atau berada bersama dengan orang ramai sebutlah ya Allah
   -  Terutamanya pada hari Jumaat sebutlah ya Allah
   -  Jika kita rasa gembira sebutlah ya Allah
   -  Mahupun kita sedang kecil hati sebutlah ya Allah
   -  Samada kita pergi ke pasar sebutlah ya Allah
   -  Atau berada di pasar sebutlah ya Allah
   -  Atau ditimpa sesuatu yang buruk sebutlah ya Allah
   -  Menaiki kereta sebutlah ya Allah
   -  Menaiki kapal terbang sebutlah ya Allah
   -  Ataupun niat untuk menziarah sebutlah ya Allah

Basahkanlah lidah kamu dengan haruman lailaha illallah(tiada Tuhan yang lain disembah melainkan Allah)

Subhanallah, begitu mudah untuk kita ingat pada Allah…maka janganlah kita lupa pada Allah…kita mestilah sentiasa ingat pada Allah setiap hari walaupun dimana-mana pun kita berada dan tidak kira masa atau tempat…ingatlah kita pada Allah s.w.t…insya-Allah…marilah sama-sama kita amalkan…



Thursday, 7 November 2013

Marilah Kita mengamalkan 2-S

Apakah itu 2-S??? Maksudnya ialah senyum dan salam…Seperti yang kita tahu bahawa senyum itu adalah sedekah dan bersalaman itu adalah amalan yang mulia…tapi kenapa kita perlu mengamalkannya??? Maka inilah dia kelebihannya(bonus) …

Jika kita senyum:-

1. Senyuman adalah salah satu senaman yang terbaik dan paling efektif untuk menyihatkan wajah kita bukan sehari malah mungkin setiap hari jika diamalkan

2. Dengan senyum juga kita boleh mengurangkan lemak dan munculnya kedutan pada wajah kita supaya tidaklah nampak tembam sangat nanti

3. Selain itu, senyuman juga dapat memberi dan melancarkan aliran darah di sekitar saraf wajah kita. Ini bermaksud, apabila darah mengalir pada saraf, ia boleh elakkan wajah kita daripada rasa lemah

4. Menggerakkan satu kali bibir untuk  tersenyum pun sudah mampu menyebabkan ribuan urat saraf yang terdapat dalam seluruh tubuh mengalami pergerakan

Jika kita salam:-

1. mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim, sekali gus mampu melenyapkan dendam dan dengki terhadap orang lain

2. memperoleh kedudukan yang tinggi di akhirat kelak
“sebarkan salam nescaya kamu semua akan memperoleh kedudukan yang tinggi.” (Riwayat al-Bukhari)

3. boleh mewarisi syurga
“berilah makan dan sebarkan salam, nescaya kalian akan mewarisi syurga.” (Riwayat al-Dhiya’)

4.mendapat keselamatan di dunia dan akhirat(fid dunnya wal akhirah)

“sebarkan salam nescaya kamu akan selamat.” (Riwayat Ahmad)


Rasulullah bersabda :- “Jangan meremehkan sedikit pun amal 
kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah 
berseri-seri(senyum).” (Riwayat Muslim)


Diriwayatkan daripada al-Bara’ bin Azib, Rasulullah bersabda :- 

“Jika dua orang Muslim bertemu, kemudian bersalaman, seterusnya memuji Allah dan memohon ampun kepadaNya, 
mereka akan mendapat keampuanan.” (Riwayat Abu Dawud)

Subhanallah, betepa indahnya Islam ini…cantikkan segala yang 
Allah telah susunkan dalam isi kandungan Islam…subhanallah 
walhamdulillah wala ila haillallah Allahu akbar…

Maka dengan itu, apa salahnya jikalau kita menghadiahkan 
seseorang itu dengan senyuman kemudian bersalaman…insya-
Allah…lillahi ta’ala…

“tidak ada ibadah yang tidak mampu kita lakukan pada setiap 
hari kerana dengan senyuman sahaja sudah dianggap sebagai 
amal kebaikan yang dituntut.”