Kita tahu
bahawa meninggalkan solat ataupun tidak solat dengan sengaja hukumnya adalah
dosa besar dan ia lebih hina daripada khinzir. Lihatlah, betapa hinanya kita
kalau meninggalkan solat.
Kita cuba
flashback kisah Nabi Musa A.S. Ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga
tetapi beliau tiada zuriat. Maka lelaki itu pun bernazar dan berkata dalam
hatinya, “jika aku dikurniakan zuriat, aku akan minum air kencing anjing
hitam.”
Maka, dengan
kuasa Allah s.w.t, Allah pun kurniakan zuriat kepada pasangan tersebut.
Kemudian, lelaki itu pun berfikir semula dan berasa amat runsing kerana dia
sudah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.
Menurut
syariat pada zaman Nabi Musa adalah berbeza berbanding dengan syariat pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jika pada zaman Nabi Muhammad, tidak perlu tunaikan
jika nazar sesuatu perkara yang haram tetapi mesti dikenakan dam(bimakna denda)
atau sedekah. Manakala pada zaman Nabi Musa pula, jika sesiapa yang bernazar walaupun
ianya haram pun tetap kena tunaikan nazar tersebut.
Kemudian,
lelaki tadi pergilah bertemu dengan Nabi Musa dengan rasa amat susah hati lalu
beliau menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Nak tahu apa yang Nabi
Musa jawab??? Nabi Musa pun menjawab bahawa lelaki tersebut tidak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi perlu minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.
Maka Nabi
Musa pun perintahkan lelaki itu untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung
rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun menurut
perintah Nabi Musa dengan senang hatinya.
Izharnya,
kisah ini menunjukkan bahawa betapa hinanya orang yang meninggalkan solat
sampai air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing
anjing hitam. Akan tetapi, setelah kita dapat tahu tentang kisah tersebut,
adakah kita terfikir bagaimana pula dengan air tangan orang yang tinggalkan
solat???
Apabila
difikirkan semula, kita sering merasakan masakan air tangan ibu, isteri dan
juga kawan-kawan kita. Jadi kepada muslimin dan muslimat, peliharalah solat
kamu semua kerana jika kamu meninggalkan solat(tanpa uzur), air tangan kamu
akan menitik ke dalam basuhan dan masakan kamu. Anak-anak, suami dan
kawan-kawan yang lain pula akan makan masakan kamu itu. Mahukah kita membiarkan
hati mereka menjadi gelap apabila merasakan masakan dari air tangan orang yang
meninggalkan solat??? Tergamakkah kita untuk melakukan perkara seperti itu
kepada mereka yang tidak bersalah??? Tidakkan???
Maka dengan ini, marilah kita fikirkan sejenak
dan ambil iktibar daripada kisah Nabi Musa di atas.
No comments:
Post a Comment