1. Beriman
kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Sering beriman dengan qalbu(hati) iaitu sentiasa ingat Allah s.w.t walaupun di
mana jua. Sering beriman dengan lisan(mulut) iaitu sentiasa menyebut nama-nama
Allah s.w.t dan melafankan kalimah-kalimah Allah s.w.t. sering beriman dengan
taf’al(perbuatan) iaitu melakukan amal ibadah yang wajib dan juga sunat.
2. Menjauhi perkara yang lagha(bimakna sia-sia) seperti bercakap omong kosong, merokok, hisap dadah, bergaduh, berhibur melebihi batas dan sebagainya.
3. Menunaikan zakat setiap tahun mengikut pendapatan.
4. Menjaga
kemaluan dengan tidak menggunakan kemaluan untuk melakukan perkara-perkara yang
boleh mendatangkan dosa dan kemudaratan. Contohnya seperti berzina, beronani,
merogol dan lain-lain lagi.
5. Memelihara
amanah dan sentiasa bersikap jujur dengan tanggungjawab ataupun tugasan yang
telah diberikan. Amanah adalah perkara dan tanggungjawab yang amat berat
sekali.
6. Memenuhi dan menunaikan segala perkara yang telah dijanjikan. Tidak semua perkara boleh dijanji jika hati kita merasakan ketidakpastiaan. Berjanji dengan perkara yang mudah dan yang tidak akan merosakkan dan membingungkan kita.
7. Menjaga solat fardhu dan lakukanlah amal ibadah sunat juga. Lakukan solat dengan khusyuk(penuh rendah diri) supaya solat kita akan diterima oleh Allah s.w.t.
Maka, marilah sama-sama
kita melakukan dan mengamalkan 7 perkara di atas setiap hari secara
istiqamah(bimakna berterusan)…Mungkin perkara ini nampak sedikit tetapi nilai
dan hasilnya amat besar buat kita…sebagai umat Islam, kita kena rajin berusaha
dan cuba sedaya upaya kita…tidak lupa juga untuk berhubung dengan Allah melalui
doa dan amal ibadah …Allah akan tolong kita dalam pelbagai cara…Insya-Allah...
No comments:
Post a Comment