Kisah ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.
Di suatu petang, seorang pelajar tahfiz yang bernama Fakhri
menahan sebuah bas. Tujuannya adalah untuk menuju ke sebuah masjid untuk
menimba ilmu. Beberapa minit kemudian, sebuah bas pun berhenti di tempat Fakhri
menunggu. Secara kebetulan, pemandu bas itu adalah seorang pemuda non-muslim.
Fakhri bertanya kepada pemandu bas tersebut.
Fakhri : emmm…tambang bas untuk ke Masjid Al-Azim berapa
ya???
Pemandu : RM 1.80 je…
Fakhri : oohh…sekejap ya…(mengeluarkan duit)…nah RM 2.00…
Pemandu : okay…ini bakinya…(memulangkan baki sebanyak 40 sen
lalu tersenyum)…
Fakhri : Terima kasih ya…(sambil membalas senyuman)…
Kemudian, Fakhri pun duduk di tempat yang tiada penumpang
tetapi Fakhri tidak perasaan baki wang yang dipulangkan oleh pemandu bas itu
terlebih 20 sen. Semasa dalam perjalanan untuk ke masjid, Fakhri baru perasaan
baki yang dipulangkan kepadanya sebentar tadi. Maka, Fakhri mula berbisik di
dalam hatinya.
Fakhri : ehh kejap…40 sen??? tambang bas RM 1.80. aku bagi
RM2.00, sepatutnya baki 20 sen je, bukan 40 sen (mula berasa ragu)…
Fakhri : emmm…20 sen je kot??? Perlu ke aku pulangkan??? Ah
tak apalah…tak payah pening-peninglah nak fikir. Syarikat bas ni pun dah kaya.
Tak luaknya kalau setakat 20 sen je(bisik lagi hati Fakhri)….
Sepanjang perjalanannya ke masjid, Fakhri mula berfikir
jauh. Sehinggalah bas tersebut tiba dan berhenti ke destinasi.
Pemandu : terima kasih…sila hati-hati dalam perjalanan anda…
Fakhri : baiklah, sama-sama. Terima kasih juga…
Semasa Fakhri hendak turun dari bas tersebut. Hatinya berasa
serba salah.
Fakhri : maaf ya bang…saya nak pulangkan semula lebihan baki
tambang tadi sebanyak 20 sen. abang terlebih sewaktu pulangkan baki kepada saya
tadi…nah(sambil menghulurkan baki tadi)…
Pemandu : ohhh ye ke??? Terima kasih. Tapi, itu kan Cuma 20
sen je. Kecil sangat nilainya. Biasanya orang tak akan pulangkannya…
Fakhri : emmm…memang betul kata abang tu…nilai 20 sen tu
nampak sangat kecil, tetapi sangat besar sangat bagi seorang muslim seperti
saya. Jadi, saya perlu berlaku jujur. 20 sen ni bukan milik saya. Saya tak
boleh mengambilnya kerana saya tidak mempunyai hak untuk memilikinya walaupun
hanya 20 sen. Saya perlu kembalikan kepada mereka yang berhak.
Pemandu bas itu tiba-tiba gelak.
Pemandu : hahaha!!! Saya dah cuba kepada ramai orang.
Kamulah satu-satunya orang yang sudi memulangkannya. Maaf ya…sebenarnya saya
sengaja nak menguji kamu…kamu telah membuka mata saya bahawa Islam benar-benar
agama yang melahirkan insan yang jujur dan ikhlas.
Fakhri pun terkejut dan terdiam sebentar dengan apa yang
dikatakan pemandu bas itu.
Pemandu : terima kasih…sebelum ni saya memang dah lama terdetik hati untuk memeluk agama Islam. Cuma saya belum nampak apa yang indahnya dalam Islam. Tetapi hari ni, hati saya benar-benar melonjak dan bersemangat untuk mendalami lagi keindahan yang ada dalam agama Islam…
Kemudian pemandu bas itu pun berlalu pergi ke destinasi
seterusnya. Fakhri pun sudah jejakkan kakinya di masjid. Selepas menunaikan
solat fardhu ‘asar, Fakhri pun berdoa kepada Allah dengan nada yang sayu sambil
menitiskan air mata.
Fakhri : ya Allah…aku hampir menggadaikan agama dan imanku hanya kerana 20 sen…tapi disangka-sangka perbuatanku yang sebaliknya itu
menjadi asbab hidayah kepada orang lain. Ampunkanlah aku wahai Allah…redhailah
kami dalam mendukung agamaMu…bantulah kami menyebarkan agamaMu ya Allah…aminnn…
Selepas berdoa, Fakhri beristighfar dan mengambil iktibar
dengan apa yang telah terjadi pada hari itu.
~~~Tamat~~~
“Tinggalkanlah apa yang
meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih
menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
“Barangsiapa yang berinteraksi
dengan Allah, penuh kejujuran, maka manusia akan menjauhinya. Memang jujur itu
begitu asing ketika ini, sehingga orang yang jujur dianggap aneh.”
(Basyr al-Haafl)
Kisah ini persoalkan kita, samada kita mahu jujur ataupun
biarkan saja keraguan melanda dalam hati kita… Di dalam kisah ini juga
menunjukkan bahawa keraguan itu boleh membuatkan hati kita menjadi tidak tenang
dan betapa pentingnya kejujuran itu… Maka, kita kenalah bersikap jujur(tidak
menipu) dalam setiap perbuatan kita kerana mungkin dengan kejujuran kita itu
boleh memberi impak yang baik terhadap orang lain….insyaAllah…:-):-)
~~lebih baik dimaki dengan kejujuran daripada dipuji dengan
penipuan~~
No comments:
Post a Comment