Total Pageviews

Wednesday, 31 July 2013

Faedah Bersedekah

Assalamu'alaikum...kadang-kadang kita sering cuba mencari keberkatan dari Allah s.w.t dengan pelbagai cara...seperti bersedekah...jika kita suka bersedekah banyak fawa'ed(faedah) yang boleh kita perolehi daripada Allah s.w.t...dan ini adalah antara fawa'ed tersebut...

1. para malaikat akan sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah


2. merupakan kemenangan kita ke atas syaitan


3. boleh memadamkan kemurkaan Allah s.w.t


4. dengan sedekah juga boleh menyembuhkan penyakit pada diri kita


5. boleh mengawal kehormatan dan maruah


6. mampu memperbaiki amalan kita sebelum ajal kita sampai


7. melindung kita daripada api neraka


8. menempah tempat dibawah bayangan Allah s.w.t


9. memberi keberkatan kepada pemilik harta


10. mampu melembutkan hati kita yang keras


11. memanjangkan umur kita


12. menolak bala atau musibah


13. menyamankan kediaman dalam kubur


14. menghapuskan segala kesalahan dan dosa-dosa kita


Masyaallah...subhanallah...banyaknya fawa'ed yang Allah s.w.t berikan kepada pemberi sedekah...lihatlah, dengan bersedekah sahaja Allah s.w.t akan berikan kita keberkatan,keredhaan, dan kebahagian...



 ayat diatas bimakna(bermaksud): tangan yang di atas(pemberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah(penerima)...



Seperti yang kita tahu bahawa sedekah adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik...dengan bersedekah juga kita boleh hilangkan rasa kedekut dan tamak dalam diri kita...jadi, kita mestilah memberi sedekah dengan cara yang ikhlas...dan ingatlah wahai rakan-rakan, apabila kita bersedekah, janganlah kita sesekali mengungkit dengan pemberian kita walau sesen pun...kerana orang yang meminta sedekah itu tidak pernah memaksa kamu untuk sedekah kepadanya, mereka cuma inginkan sedekah yang ikhlas dari hati kamu sendiri...


sebarkan dan marilah kita bersedekah kerana Allah s.w.t...insya-Allah









Tuesday, 30 July 2013

Bersangka Baik Dengan Allah S.W.T

Assalamu'alaikum...kepada sahabat-sahabat ku...kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t...kenapa??

kerana...

jika manis, Allah mengajar kita erti bersyukur...
jika pahit, Allah akan mengaja kita erti kesabaran...
jika dikecewakan, Allah mengajar kita erti ujianNya dan kita sedang belajar hakikat dan erti tawakal kepadaNya...
jika cemas, Allah mengajar kita erti raj'a iaitu mengharap...
jika sedikit pula, Allah mengajar kita erti qana'ah iaitu berpada-pada...

Tapi pada dunia akhir zaman ini, ramai orang sudah lupa perkara tersebut...mereka(manusia) sudah tidak ingat akan Allah s.w.t yang telah mencipta mereka yang hidup tidak akan kekal di bumi yang fana' ini....

kerana

jika manis, mereka lupa untuk bersyukur kepada Allah...
jika pahit, mereka lupa untuk doa kepada Allah...
jika dikecewakan, mereka akan menyalahkan Allah s.w.t dan tidak mahu menerima takdir...
jika cemas, mereka akan melakukan maksiat untuk menenangkan diri...
jika sedikit pula, mereka akan mulai rasa tamak dan pentingkan diri sendiri...

ingatlah wahai rakan-rakan ku...sesungguhnya Allah s.w.t itu sentiasa berada disisi kita...jangan takut dan rasa bimbang kerana...

"ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram"...
                      (surah ar-ra'du, ayat 28)...

Friday, 19 July 2013

Ular Yang Bernama "Sujaul Aqra"


Akan muncul seekor ular yang dihantar dari Neraka yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, 

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." 

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur.


Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sujaul Aqra hinggalah hari Kiamat. CUAI SOLAT LIMA WAKTU Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
                                      

JIBRIL A.S: Ya Muhammad..! Orang yang meninggalkan Solat tidak akan mendapat syafa’atmu dan ia tidak tergolong dari umatmu.. Tidak boleh diziarahi ketika ia sakit, tidak boleh mengiringi jenazahnya, tidak boleh beri salam padanya, tidak boleh makan minum dengannya, tidak boleh bersahabat dengannya, tidak boleh duduk besertanya, tidak ada Agama baginya, tidak ada kepercayaan baginya, tidak ada baginya Rahmat Allah dan ia dikumpulkan bersama dengan orang Munafiqin pada lapisan Neraka yang paling bawah (diazab dengan amat dahsyat..).

Sabda Nabi Muhammad SAW, Maksud Hadist: “Perjanjian (perbedaan) diantara kita (orang islam) dengan mereka (orang kafir) ialah Solat, dan barangsiapa meninggalkan Solat sesungguhnya ia telah menjadi seorang kafir”. (Tirmizi).

Tuesday, 16 July 2013

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Sedih Dan Malas

Assalamu'alaikum...
Sedih dan malas adalah perkara yang pernah kita alami di dunia ini. Kadang-kadang kita sedih sebab gagal dalam peperiksaan dan ada juga yang sedih sebab ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Kadang-kadang kita juga ada rasa malas untuk belajar, membuat amal ibadah, dan melakukan aktiviti yang bermanfaat(riadah,membaca buku, dll). Jadi, marilah kita berdoa supaya Allah menghilangkan rasa sedih dan malas itu.




“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)

Insya-Allah...Semoga Allah membantu kita dan selalu berada di sisi kita.


Sunday, 14 July 2013

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

Assalamualaikum...kadang-kadang kita pernah terfikir mengapa rezeki kita susah nak dapat...sedangkan kita selalu juga memohon doa dan telah cuba sedaya upayanya...

Inilah faktor-faktornya :-


1. berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik


2. asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini


3. berkira untuk bersedekah walaupun seringgit(dengan bersedekah kita boleh mengurangkan sifat rasa   kedekut di dalam hati)


4. banyak berbuat maksiat


5. tidak bersyukur kepada Allah s.w.t


6.riak bila bersedekah dan tidak ikhlas


7. kurang beristighfar dan berzikir


Marilah sama-sama kita mengamalkan selawat arzaq iaitu selawat untuk memurahkan rezeki kita. Insya-Allah...Allah s.w.t akan memurahkan rezeki kita satu hari nanti....


Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad

Sola tan tuwas sau biha alaynal arzaq
Watuhassinu biha lanal agh lak
Waala alihi wasahbihi wasallim

Ya Allah rahmati penghulu kami Nabi Muhammad

Dengan berkatnya Engkau luaskanlah rezeki kami
Dan dengan berkatnya muliakanlah akhlak kami
Dan juga rahmati keluarga dan para sahabatnya

Wednesday, 3 July 2013

6 Jenis Wanita Yang Dilarang Dinikahi

Yaumul Rabi', 3 July 2013...



 Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

Imam Ghazali dah pesan, if sape2 yg dah ada amanah n hadiah dpt gak perempuan camni sbgi isteri, better ajar cukup2, lembut sgt tegur nnt naik kepala, dorgkan Allah swt jadikan dari tulang rusuk yg bengkok, if start sepak terajang cela maki hamun suami, sepatah tegur 1,200x per second dia menjawap.. kalau dok wat keras kepala gak, jgn risau ma brotha guna ilmu apa yg Rasulullah saw guide, if brutal gak auto si isteri tu siang malam seluruh penghuni langit bumi menyumpah2 selama mana dia belum minta ampun dari suaminya, termasuk bidadari syurga yg lebih berbillion kali ganda awesome cun cantik dari dorg menyumpah seranah si isteri dunia, xngaji xtahu.. dok ikut sgt emo telunjuk setan, tul tak?


Apakah Kesan Pada Diri Apabila Melakukan Maksiat ?

Kita tahu bahawa maksiat adalah lawan kepada taat. Kedua-dua perkara ini hanya Allah sahaja yang tahu. Ketaatan akan menjadi sesuatu yang manis bagi mukmin, manakala kemaksiatan akan menjadi sesuatu kelazatan bagi orang yang ingkar. Kedua-dua ini mempunyai kesannya yang tersendiri. Di sini terdapat beberapa kesan maksiat terhadap insan di dunia.

1. Tidak/Sukar Mendapatkan Ilmu

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah s.w.t ke dalam hati di setiap insan. Maksiat pula boleh memadamkan sinar tersebut. Imam Maliki pernah menasihati Imam Syafie yang belajar dengannya, "Saya melihat Allah s.w.t telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." 

"Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah dan Allah s.w.t tidak akan berikan kepada orang yang melakukan maksiat".-Kata Waki' kepada Imam Syafie.

2. Tidak/Sukar Mendapatkan Rezeki

"Sesungguhnya seseorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat"-Dalam Musnad Imam Ahmad.

Izharnya di sini bahawa taqwa kepada Allah s.w.t itu mendapat rezeki, manakala meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Dalam Hati

Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Apabila perasaan keterasingan itu semakin kuat, dia akan menjauhkan dirinya dari golongan orang yang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah s.w.t. Kemudian, perasaan keterasingan itu mula menguasai dirinya dan dia mula terasing dari keluarganya dan ini bukan sahaja akan menambahkan kerisauan bahkan tertekan juga dalam dirinya.

4. Banyak Mendapat Kesulitan Kehidupan

Orang yang tidak bertaqwa kepada Alllah s.w.t akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannnya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan berdoa kepada-Nya supaya elakkan kesulitan berlaku pada diri kita.

5. Kegelapan Dalam Hati

Kegelapan dalam hati akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk dan menutupi hatinya. 

"Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya(nur) pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya. Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."-kata Abdullah bin Abbas

6. Melemahkan hati dan Badan

Kekuatan seseorang mukmin itu terletak pada hati. Apabila hatinya kuat, tubuh badan pun akan menjadi kuat. Manakala orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, tapi hatinya begitu lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah s.w.t. Subhanallah.

7. Kehilangan Ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah s.w.t. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi Umur dan Mengikis Barakah(Berkat)

Sebahagian ulama' mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkat umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah s.w.t, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah s.w.t dan sibuk dalam kemaksiatan, maka akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:
"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."-(Al-Fajr: 24).