Assalamualaikum...kadang-kadang kita pernah terfikir mengapa rezeki kita susah nak dapat...sedangkan kita selalu juga memohon doa dan telah cuba sedaya upayanya...
Inilah faktor-faktornya :-
1. berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
2. asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. berkira untuk bersedekah walaupun seringgit(dengan bersedekah kita boleh mengurangkan sifat rasa kedekut di dalam hati)
4. banyak berbuat maksiat
5. tidak bersyukur kepada Allah s.w.t
6.riak bila bersedekah dan tidak ikhlas
7. kurang beristighfar dan berzikir
Marilah sama-sama kita mengamalkan selawat arzaq iaitu selawat untuk memurahkan rezeki kita. Insya-Allah...Allah s.w.t akan memurahkan rezeki kita satu hari nanti....
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad
Sola tan tuwas sau biha alaynal arzaq
Watuhassinu biha lanal agh lak
Waala alihi wasahbihi wasallim
Ya Allah rahmati penghulu kami Nabi Muhammad
Dengan berkatnya Engkau luaskanlah rezeki kami
Dan dengan berkatnya muliakanlah akhlak kami
Dan juga rahmati keluarga dan para sahabatnya
No comments:
Post a Comment