1. Tidak/Sukar Mendapatkan Ilmu
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah s.w.t ke dalam hati di setiap insan. Maksiat pula boleh memadamkan sinar tersebut. Imam Maliki pernah menasihati Imam Syafie yang belajar dengannya, "Saya melihat Allah s.w.t telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."
"Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah dan Allah s.w.t tidak akan berikan kepada orang yang melakukan maksiat".-Kata Waki' kepada Imam Syafie.
2. Tidak/Sukar Mendapatkan Rezeki
"Sesungguhnya seseorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat"-Dalam Musnad Imam Ahmad.
Izharnya di sini bahawa taqwa kepada Allah s.w.t itu mendapat rezeki, manakala meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.
3. Kerisauan dan Kesepian di Dalam Hati
Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Apabila perasaan keterasingan itu semakin kuat, dia akan menjauhkan dirinya dari golongan orang yang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah s.w.t. Kemudian, perasaan keterasingan itu mula menguasai dirinya dan dia mula terasing dari keluarganya dan ini bukan sahaja akan menambahkan kerisauan bahkan tertekan juga dalam dirinya.
4. Banyak Mendapat Kesulitan Kehidupan
Orang yang tidak bertaqwa kepada Alllah s.w.t akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannnya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan berdoa kepada-Nya supaya elakkan kesulitan berlaku pada diri kita.
5. Kegelapan Dalam Hati
Kegelapan dalam hati akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk dan menutupi hatinya.
"Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya(nur) pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya. Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."-kata Abdullah bin Abbas
6. Melemahkan hati dan Badan
Kekuatan seseorang mukmin itu terletak pada hati. Apabila hatinya kuat, tubuh badan pun akan menjadi kuat. Manakala orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, tapi hatinya begitu lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah s.w.t. Subhanallah.
7. Kehilangan Ketaatan
Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah s.w.t. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.
8. Mengurangi Umur dan Mengikis Barakah(Berkat)
Sebahagian ulama' mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkat umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah s.w.t, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah s.w.t dan sibuk dalam kemaksiatan, maka akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:
"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."-(Al-Fajr: 24).
Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:
"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."-(Al-Fajr: 24).
No comments:
Post a Comment