Total Pageviews

Sunday, 26 January 2014

Kisah Azazil(Ketua Malaikat) Diusir Dari Syurga

     Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat. Namun sebenar-benarnya Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Azazil ketua malaikat. Berikut ialah kisah Azazil diusir dari syurga kerana sikap takbur.Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:

“Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…”
 (Surah Al-Kahf : ayat 50)

     Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi ketua malaikat ataupun imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

     Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan : “Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”.

     Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :“Ya Allah, Janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)”

    Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan : “Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”



     Selain doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali juga sebagai Sayyidul Malaikat alias (penghulu para malaikat) dan Khazinul Jannah (bendaharawan syurga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menggelarkan Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meskipun berbeza-beza iaitu :

1. Di langit lapis pertama , ia digelar sebagai A’bid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah.


2. Di langit lapis kedua, ia digelar sebagai Raki’ atau ahli rukuk kepada Allah.


3. Di langit lapis ke tiga, ia digelar Saajid atau ahli sujud yang sentiasa sujud kepada Allah.


4. Di langit ke empat, ia digelar Khaasyi kerana selalu merendahkan diri(khusyuk) dan takluk kepada Allah.


5. Di langit lapis kelima, ia digelar sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah.


6. Di langit keenam,ia digelar Mujtahid, kerana ia bersungguh-sungguh(ijtihad) ketika beribadah kepada Allah.


7. Di langit lapis ketujuh, ia digelar Zaahid, kerana bersederhana dalam menggunakan sarana hidup.

     Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
(Surah Al Baqarah :ayat 30)



Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah :

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau.”

(Surah Al Baqarah :ayat 30)

Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahawa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Surah Al Baqarah :ayat 30)


     Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?” 
(Surah Israa :ayat 61) 

     Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis(Azazil), yang irihati apabila Allah hendak melantik Nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya. Dia berkata lagi:

“Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”
(Surah Israa :ayat 62)


Allah berfirman (kepada iblis): 

“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.” 
(Surah Israa : ayat 63)

     Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelaran dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tidak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelar baru baginya Iblis : "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabbur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menentang dan berkata,
"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."

Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman :

"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

     Azazil(Iblis), sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

     Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata : "Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."

     Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tidak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya : "Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan.". Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka. Maka kata Allah :"Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya kerana Allah itu Maha Mengetahui dan lagi Maha Bijaksana...semoga kita boleh mengambil kisah ini sebagai iktibar buat diri kita...insyaAllah... :-)...




Sunday, 12 January 2014

Panggilan Ibu

     Juraij ialah seorang ahli ibadah yang alim dan sentiasa taat beribadat kepada perintah Allah. Beliau memiliki sebuah tempat ibadah dan pada masa yang beliau menjadikan tempat itu sebagai tempat tinggalnya. Juraij tidak pernah keluar dari tempat ibadahnya kecuali jika ada hal yang amat penting sahaja. 


     Pada suatu hari, semasa Juraij sedang tekun menunaikan solat sunat, ibunya datang lalu memanggilnya, "Juraij...Ya Juraij...". Hati Juraij mula berbelah bahagi sama ada mahu meneruskan solat ataupun menjawab panggilan ibunya itu. Juraij berbisik dalam hatinya, "Ya Allah, manakah yang perlu aku dahulukan, meneruskan solatku ataupun memenuhi panggilan ibuku..?". Kemudian, beliau pun membuat keputusan untuk meneruskan solatnya dan tidak menyahut panggilan ibunya itu. Pada keesokan harinya pun begitu juga, Juraij tetap memilih solat daripada menjawab salam ibunya. Peristiwa ini berlaku sebanyak 3 kali berturut-turut. Ibu Juraij berasa amat kecewa dengan sikap anaknya itu dan berdoa, "Ya Allah, janganlah Engkau matikan anakku sebelum dia melihat muka seorang wanita pelacur."



     Nak pendekkan cerita, sedang orang-orang Bani Israil menyebut-nyebut tentang ketekunan ibadah Juraij, datang pula seorang wanita yang bekerja sebagai pelacur yang sangat cantik rupa parasnya. Wanita itu mendekati mereka lalu berkata, "Jika kamu menghendaki, aku akan memberinya fitnah."



     Wanita pelacur itu mendatangi dan cuba untuk menggoda Juraij di suatu hari itu bagi tujuan memalukan Juraij. Juraij yang mempunyai iman yang kuat berjaya memperdulikan pelacur itu. Setelah gagal untuk menggoda Juraij, wanita itu pergi dari situ dan mendatangi pula seorang penggembala yang sedang berehat di tempat ibadah Juraij, lalu mereka pun melakukan zina. Akhirnya, wanita itu hamil. Selepas wanita itu melahirkan anaknya itu, dia mendakwa dan menuduh Juraij sebagai bapa kepada anak yang baru dilahirkan itu.



     Maka dengan tuduhan itu, orang ramai mula berasa marah dengan perbuatan Juraij lalu pergi berjumpa dengan Juraij. Mereka memaksa Juraij keluar dari tempat ibadahnya lalu mereka bertindak memukul, memaki-hamun dan merobohkan tempat ibadahnya. Juraij yang terkejut dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya bertanya kepada mereka, "Apa yang sedang berlaku, dan kenapa kamu semua melakukan semua ini terhadap aku?" Mereka pun menjawab, "Engkau telah berzina dengan pelacur ini, sehingga melahirkan seorang bayi."



     Setelah Juraij mendengar tuduhan itu, beliau meminta orang ramai membawanya ke tempat bayi berkenaan. Setibanya mereka di tempat bayi tersebut, Juraij meminta izin untuk solat terlebih dahulu. Sudah selesai solat, beliau membelai bayi itu sambil berkata, "Wahai bayi! Siapakah bapamu?" Dengan kekuasaan Allah bayi itu pun menjawab, "Bapaku adalah seorang penggembala."



     Serta merta orang-orang pun berhambur, menciumi dan meminta maaf kepada Juraij kerana kesilapan mereka. Akhirnya nama Juraij kembali bersih. Orang ramai yakin sesungguhnya Juraij tidak bersalah. Mereka kemudian berkata, "Kami akan membangunkan semula tempat ibadah untukmu daripada emas!" Tetapi Juraij menjawab, "Jangan! Cukup dari tanah sahaja sebagaimana rupa asalnya semula." Mereka pun membangunkan tempat ibadah yang baru sebagaimana yang dikehendaki oleh Juraij.



     Di saat kematiaan Juraij, orang ramai mencadangkan agar Juraij disemadikan di dalam sebuah masjid diperbuat daripada emas. Mendengarnya, Juraij menentang. Katanya memadailah jika beliau disemadikan seperti yang lain. 



     Demikianlah, makbulnya doa seorang ibu. Walaupun hebat mana pun ibadah Juraij terhadap Allah, namun apabila dia menyakiti hati ibunya maka Allah menurunkan ujian seperti mana doa yang dikehendaki oleh ibunya, Oleh itu, sebagai seorang anak, janganlah sesekali melakukan sesuatu perkara yang akan mengguris hati dan perasaan seorang ibu. InsyaAllah...


Sabda Rasulullah SAW :-


"Reda Allah bergantung kepada reda kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu bapa"
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Sabda Rasululla SAW :-

"Tetaplah engkau berada dekat kaki ibumu itu, kerana di sana beradanya syurga"
(Hadis Riwayat At-Tabani)

Friday, 3 January 2014

Cara Untuk Menunaikan Solat Sunat Taubat

Assalamu'alaikum...pada hari ini ana nak share sikit tentang solat sunat taubat...sesungguhnya pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya oleh Allah...dan Allah tidak pernah rasa jemu untuk mengampunkan dosa hambaNya selagi hambaNya itu percaya bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya...dalam bertaubat juga terdapat syarat-syaratnya iaitu :-

1. hati dan niat mestilah ikhlas ingin bertaubat
2. tidak mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukan itu lagi
3. merasa amat kesal dengan perbuatan dosa tersebut
4. menanamkan rasa tekad untuk tidak melakukan perbuatan itu 
5. memohon maaf daripada orang lain (jika pernah melakukan dosa terhadap manusia)
6. lakukan solat sunat taubat sebelum tiba ajalnya


cara untuk menunaikan solat sunat taubat :-

1. solat sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja (kecuali waktu makruh tahrim) dan bila-bila masa merasa telah melakukan dosa. Seelok-eloknya, lakukanlah solat sunat ini ketika 2/3 malam (dalam pukul 2 pagi, lebih kurang macam tu lah)

2. kemudian, lafaz niat :-


"Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

3. selepas mengangkat takbir, pada rakaat pertama disunatkan membaca doa iftitah, kemudian baru baca surah al-Fatihah. Selepas membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Karifun (bagi yang tiada asas melakukan solat sunat taubat, kamu boleh membaca mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran)

4. kemudian, pada rakaat kedua pula, membaca al-Fatihah kemudian di sertakan dengan surah al-Ikhlas (bagi yang tiada asas melakukan solat sunat taubat, kamu boleh membaca mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran)

5. pada sujud yang terakhir dalam rakaat yang kedua, mulakan bertasbih (Doa Nabi Yunus) sebanyak 40 kali (ijtihad (bimakna bersungguh-sungguh) di dalam hati untuk meminta ampun daripada Allah) :-

"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalimin (zalim)"


6. selepas selesai menunaikan solat, duduklah sebentar dan mohon kepada Allah supaya solat itu diterima olehNya. Kemudian, perbanyakkanlah beristighfar (sebanyak mana yang kita mampu) :-

"Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadaNya"


7. kemudian, kita boleh juga berdoa mengikut luahan hati kita (luahkanlah segala-galanya kepada Allah kerana Allah itu Maha Mendengar)







"Janganlah kita pernah merasa jemu untuk memohon keampunan daripada Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan, kerana syaitan tidak pernah rasa jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamanya di dalam neraka. Dan janganlah kita rasa takut jika doa dan keampunan kita tidak diterima oleh Allah, tetapi takutlah jika Allah tidak memberi kita peluang dan memberhentikan kita daripada berdoa dan meminta keampuan dariNya"