Total Pageviews

Tuesday, 11 February 2014

Tutuplah Semua Pintu Zina

     Assalamu’alaikum…topic kita pada kali ini ialah tentang zina…seperti yang kita tahu…zina kini sedang berleluasa di setiap negara dan zina merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah dalam Islam…hai ini kerana zina itu sendiri mampu merosakkan nasab keturunan dan  meruntuhkan maruah seseorang…


     Dalam al-Quran, Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina, malah turut melarang kita daripada mendekatinya…benarlah bak kata pepatah Arab pernah menyebut :-

“Daripada pandangan, mula senyuman, kemudian percakapan dan akhirnya pertemuan”


  Allah menjadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan keburukan…namun, apa yang Allah perintah dan kehendaki itu pasti ada kebaikannya…begitulah dengan segala pancaindera yang Allah telah kurniakan dan pinjamkan kepada kita ini…kesemuanya itu haruslah dijaga dan dilorongkan(dibawakan) ke arah kebaikan, bukannya ke arah kemaksiatan…mereka yang sering melakukan zina kecil ini akan memberikan mudarat buruk kepada hati…contohnya seperti, apabila seseorang itu telah melakukan zina berkali-kali, maka hatinya akan mula menjadi hitam(rosak)…hati yang telah hitam amat susah untuk menerima sesuatu perkara yang baik seperti ilmu…apabila ilmu susah untuk diterima oleh hati kita, maka ini menunjukkan iman kita semakin berkurang malah boleh menjadi rosak…apabila iman kita kurang, maka susah untuk berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah…apabila tidak melakukan ibadat Allah, maka susahlah kita untuk mendapat keberkatan dan kebaikan daripada Allah…hati yang rosak inilah seterusnya akan memilih untuk melakukan zina besar…inilah yang diingatkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. :-

“Tidak akan berzina seorang penzina itu ketika ada iman(di dalam hatinya)”
 (Riwayat Muslim)


Seperti yang kita tahu bahawa terdapat 2 jenis zina iaitu zina kecil dan zina besar…

Zina kecil :- berpunca daripada pandangan, pendengaran, percakapan, sentuhan dan langkahan, termasuklah semua perbuatan yang boleh merangsang syahwat dan nafsunya…zina kecil ini mendatangkan kemurkaan Allah dan dosa, namun hokum hudud tidak akan dikenakan ke atas pelakunya…


Zina besar :- berlakunya persetubuhan haram antara pasangan lelaki dan perempuan bukan suami isteri yang sah…hukuman ke atas pelakunya ialah 100 sebatan bagi pelaku bujang dan hukuman rejam sehingga mati dikenakan bagi pelaku yang sudah berkahwin…hukuman ini tertakluk di bawah hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah…


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :-

“Sepasang mata boleh berzina melalui penglihatan, sepasang telinga boleh berzina melalui pendengaran, lidah boleh berzina melalui percakapan, sepasang tangan boleh berzina melalui sentuhan dan sepasang kaki boleh berzina melalui(tujuan) langkahan. Manakala hatinya sentiasa bernafsu dan berkeinginan, serta kemaluannya yang akan membenarkan atau menidakkan.” 
(Riwayat Muslim)


     Akan tetapi, jika kita mendapat tahu bahawa ada seseorang itu telah melakukan zina, maka janganlah kita mengutuk, mengaibkan, mencaci, menghina dan memaki-hamun…kerana dia juga adalah manusia biasa seperti kita…pada dasarnya, memanglah kesalahan itu dating daripada dirinya sendiri…tetapi kita kenalah ingat bahawa setiap manusia yang ciptakan itu tidaklah sempurna dan semua manusia tidak akan lepas daripada melakukan dosa…dan kebanyaknya golongan yang mudah diancam dengan zina ini sudah tentunya golongan remaja… jika perkara ini berlaku, maka bantu dan bangkitkanlah semangat dia untuk berubah kea rah kebaikan…bimbingilah dia dengan ilmu agama Islam…insyaAllah…dia boleh berubah kepada lebih baik…jika kita mengutuk dan mengaibkan si penzina itu, maka kita akan mendapat dosa kerana penzina itu mungkin dikalangan orang Islam…orang Islam adalah saudara kita juga…tidak malukah kita jika kita sendiri mengaibkan saudara kita sendiri???...seelok-eloknya bantulah dia ke jalan yang benar semula…bawalah dia pergi ke majlis ilmu, kuliah ataupun kelas agama, ceramah agama, berikan risalah-risalah tentang kehebatan agama Islam…tidak ke mudah untuk melakukan perkara itu???...


     Ya, memanglah penzina itu telah melakukan dosa besar, tetapi pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka…maka bantulah dia supaya  segera bertaubat dan kembali kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun…tutuplah pintu-pintu zina serapat-rapatnya…kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini…alhamdulillah…dan Allah sentiasa menunggu taubat kita untuk diampunkan dosa-dosa yang lalu…insyaAllah…


   Sebagai peringatan, janganlah kita sembarangan menerima kenalan baru dan berkongsi segala-galanya di laman social…sekiranya kita memperuntukkan masa dengan orang yang berlainan jantina melalui teknologi melebihi masa bersama keluarga sendiri…maka sikap ini mestilah diperbaiki dengan segera...


   Jika kita menolong seseorang itu ke arah kebaikan, maka perbuatan itu akan memberikan atau digantikan dengan halawatul iman(kemanisan atau kelazatan iman) oleh Allah…sebagai saudara seIslam, kita mesti hendak berkongsi perkara yang manis…jadi, marilah sama-sama kita mencari dan menolong antara satu sama lain untuk mendapatkan halawatul iman itu…insyaAllah…dan Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan sebuah hadis kudis yang bermaksud :-

“Pandangan merupakan salah satu anak panah beracun Iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKu, pasti Aku akan menggantikannya dengan kelazatan iman yang ia akan rasai dalam hatinya.” 
(Riwayat at-Tabarani)


Info tambahan :-

Hadis kudsi :- hadis yang disandarkan maknanya daripada Allah tetapi lafaznya disebut oleh Rasulullah s.a.w….dan hadis kudsi berbeza dengan hadis, kerana hadis disandarkan lafaz dan maknanya daripada Rasulullah s.a.w….


Maaf jika terdapat kesalahan ayat ataupun kata-kata…jika ada, silalah tegur saya…kerana saya pun hanyalah insan biasa juga…insyaAllah…  J




No comments:

Post a Comment