Total Pageviews

Wednesday, 11 December 2013

Tips Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

- tenang dan perbanyakkan selawat

- kurangkan bersembang atau ketawa

- perbanyakkan doa supaya dipermudahkan segala urusan

- bacalah dan amalkan surah al-Insyirah

- jaga pemakanan kita sebelum peperiksaan

- kerap minum air masak dan kurangkan minuman yang manis

- cuba ingat apa yang telah diulang kaji

- jangan lupa untuk sarapan pagi kerana ia amat penting untuk minda kita

- memohon restu dan doa daripada ibu bapa, keluarga, pensyarah atau guru-guru

- doakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga kerana, jika kita doakan orang lain, insya-Allah malaikat akan mendoakan kita juga

- sentiasa senyum....:-)


Doa Untuk Mudahkan Kita Hafal dan Faham

Assalamualaikum...hari ni saya nak share doa supaya mudah untuk faham ataupun menghafal...ada seorang ukhtiy (pemudi) minta saya untuk share serba sedikit tentang tips belajar...

Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa mesti ada masalah untuk belajar...tidak kiralah dari segi pengurusan masa ke...tidak faham apa yang kita pelajari ke...dan banyak lagi masalah...ada seorang ukhtiy pernah bertanya kepada saya..."macam kita nak ingat apa yang kita dah belajar?"...

Begini caranya...mula-mula kita kenalah letakkan niat yang betul dalam hati kita ni..."aku nak belajar kerana Allah"...kerana kita setiap perkara mesti bermula dengan niat...jika kita niat sesuatu itu melakukan kebaikan kerana Allah, insya-Allah...Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan kita...tetapi kita kena juga ingat...bahawa Allah itu akan menguji kita...mungkin kita tidak dapat apa yang kita hajatkan itu setelah usaha...tetapi ingatlah, jangan sesekali kita mengalah dan bersedih...sebagai orang Islam, kita kenalah sentiasa bersabar dan tidak salah untuk kita mencuba lagi dengan usaha yang lebih untuk mencapai apa yang kita mahukan itu...

Kemudian, setelah letakkan niat, kita mestilah baca doa sebelum melakukan apa-apa perkara pun...bagi yang mahu menghafal isi-isi penting dalam apa-apa subjek, hafal ayat-ayat al-quran dan sebagainya, amalkanlah doa ini...

 Maksudnya :-
" Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai yang amat mengasihani "


Kemudian, kita boleh juga sertakan doa pembuka dan penerang hati...

 Maksudnya :-
" Ya Allah! Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku (urusan) dan lancarkanlah lidahku, agar mereka faham pembicaraanku "


Maksudnya :-
" Ya Allah! Bukakanlah hikmah-Mu dan turunkanlah rahmat daripada khazanah-Mu itu kepada kami, Ya Tuhan yang Maha 
 Pengasih lagi Penyayang "


harap antum semua berpuas hati...walaupun nampak macam dah biasa dengar dan baca doa-doa ini...tetapi mungkin sesetengah orang yang lupa dan kurang amalkannya...maka, sama-samalah kita ingatkan keluarga kita, kawan-kawan dan sedara-mara Islam yang lain supaya amalkan doa-doa ini...mungkin antara mereka memang memerlukan doa-doa ini...insya-Allah...

di sini ada extra sikit tentang "tips sebelum masuk dewan peperiksaan"...



Monday, 9 December 2013

Keraguan atau Kejujuran???


Kisah ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.


Di suatu petang, seorang pelajar tahfiz yang bernama Fakhri menahan sebuah bas. Tujuannya adalah untuk menuju ke sebuah masjid untuk menimba ilmu. Beberapa minit kemudian, sebuah bas pun berhenti di tempat Fakhri menunggu. Secara kebetulan, pemandu bas itu adalah seorang pemuda non-muslim.

Fakhri bertanya kepada pemandu bas tersebut.

Fakhri : emmm…tambang bas untuk ke Masjid Al-Azim berapa ya???

Pemandu : RM 1.80 je…

Fakhri : oohh…sekejap ya…(mengeluarkan duit)…nah RM 2.00…

Pemandu : okay…ini bakinya…(memulangkan baki sebanyak 40 sen lalu tersenyum)…

Fakhri : Terima kasih ya…(sambil membalas senyuman)…

Kemudian, Fakhri pun duduk di tempat yang tiada penumpang tetapi Fakhri tidak perasaan baki wang yang dipulangkan oleh pemandu bas itu terlebih 20 sen. Semasa dalam perjalanan untuk ke masjid, Fakhri baru perasaan baki yang dipulangkan kepadanya sebentar tadi. Maka, Fakhri mula berbisik di dalam hatinya.

Fakhri : ehh kejap…40 sen??? tambang bas RM 1.80. aku bagi RM2.00, sepatutnya baki 20 sen je, bukan 40 sen (mula berasa ragu)…

Fakhri : emmm…20 sen je kot??? Perlu ke aku pulangkan??? Ah tak apalah…tak payah pening-peninglah nak fikir. Syarikat bas ni pun dah kaya. Tak luaknya kalau setakat 20 sen je(bisik lagi hati Fakhri)….

Sepanjang perjalanannya ke masjid, Fakhri mula berfikir jauh. Sehinggalah bas tersebut tiba dan berhenti ke destinasi.

Pemandu : terima kasih…sila hati-hati dalam perjalanan anda…

Fakhri : baiklah, sama-sama. Terima kasih juga…
Semasa Fakhri hendak turun dari bas tersebut. Hatinya berasa serba salah.

Fakhri : maaf ya bang…saya nak pulangkan semula lebihan baki tambang tadi sebanyak 20 sen. abang terlebih sewaktu pulangkan baki kepada saya tadi…nah(sambil menghulurkan baki tadi)…

Pemandu : ohhh ye ke??? Terima kasih. Tapi, itu kan Cuma 20 sen je. Kecil sangat nilainya. Biasanya orang tak akan pulangkannya…

Fakhri : emmm…memang betul kata abang tu…nilai 20 sen tu nampak sangat kecil, tetapi sangat besar sangat bagi seorang muslim seperti saya. Jadi, saya perlu berlaku jujur. 20 sen ni bukan milik saya. Saya tak boleh mengambilnya kerana saya tidak mempunyai hak untuk memilikinya walaupun hanya 20 sen. Saya perlu kembalikan kepada mereka yang berhak.

Pemandu bas itu tiba-tiba gelak.

Pemandu : hahaha!!! Saya dah cuba kepada ramai orang. Kamulah satu-satunya orang yang sudi memulangkannya. Maaf ya…sebenarnya saya sengaja nak menguji kamu…kamu telah membuka mata saya bahawa Islam benar-benar agama yang melahirkan insan yang jujur dan ikhlas.


Fakhri pun terkejut dan terdiam sebentar dengan apa yang dikatakan pemandu bas itu.

Pemandu : terima kasih…sebelum ni saya memang dah lama terdetik hati untuk memeluk agama Islam. Cuma saya belum nampak apa yang indahnya dalam Islam. Tetapi hari ni, hati saya benar-benar melonjak dan bersemangat untuk mendalami lagi keindahan yang ada dalam agama Islam…

Kemudian pemandu bas itu pun berlalu pergi ke destinasi seterusnya. Fakhri pun sudah jejakkan kakinya di masjid. Selepas menunaikan solat fardhu ‘asar, Fakhri pun berdoa kepada Allah dengan nada yang sayu sambil menitiskan air mata.

Fakhri : ya Allah…aku hampir menggadaikan agama dan imanku hanya kerana 20 sen…tapi disangka-sangka perbuatanku yang sebaliknya itu menjadi asbab hidayah kepada orang lain. Ampunkanlah aku wahai Allah…redhailah kami dalam mendukung agamaMu…bantulah kami menyebarkan agamaMu ya Allah…aminnn…

Selepas berdoa, Fakhri beristighfar dan mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi pada hari itu.
~~~Tamat~~~


“Tinggalkanlah apa yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

“Barangsiapa yang berinteraksi dengan Allah, penuh kejujuran, maka manusia akan menjauhinya. Memang jujur itu begitu asing ketika ini, sehingga orang yang jujur dianggap aneh.”
(Basyr al-Haafl)


Kisah ini persoalkan kita, samada kita mahu jujur ataupun biarkan saja keraguan melanda dalam hati kita… Di dalam kisah ini juga menunjukkan bahawa keraguan itu boleh membuatkan hati kita menjadi tidak tenang dan betapa pentingnya kejujuran itu… Maka, kita kenalah bersikap jujur(tidak menipu) dalam setiap perbuatan kita kerana mungkin dengan kejujuran kita itu boleh memberi impak yang baik terhadap orang lain….insyaAllah…:-):-)

~~lebih baik dimaki dengan kejujuran daripada dipuji dengan penipuan~~

selamat malam:-):-):-)


Sunday, 1 December 2013

7 Sifat Orang Yang Dirindui Oleh Syurga

1. Beriman kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sering beriman dengan qalbu(hati) iaitu sentiasa ingat Allah s.w.t walaupun di mana jua. Sering beriman dengan lisan(mulut) iaitu sentiasa menyebut nama-nama Allah s.w.t dan melafankan kalimah-kalimah Allah s.w.t. sering beriman dengan taf’al(perbuatan) iaitu melakukan amal ibadah yang wajib dan juga sunat.

2.  Menjauhi perkara yang lagha(bimakna sia-sia) seperti bercakap omong kosong, merokok, hisap dadah, bergaduh, berhibur melebihi batas dan sebagainya.

3.  Menunaikan zakat setiap tahun mengikut pendapatan.

4.  Menjaga kemaluan dengan tidak menggunakan kemaluan untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan kemudaratan. Contohnya seperti berzina, beronani, merogol dan lain-lain lagi.

5.  Memelihara amanah dan sentiasa bersikap jujur dengan tanggungjawab ataupun tugasan yang telah diberikan. Amanah adalah perkara dan tanggungjawab yang amat berat sekali.

6. Memenuhi dan menunaikan segala perkara yang telah dijanjikan. Tidak semua perkara boleh dijanji jika hati kita merasakan ketidakpastiaan. Berjanji dengan perkara yang mudah dan yang tidak akan merosakkan dan membingungkan kita.

7.  Menjaga solat fardhu dan lakukanlah amal ibadah sunat juga. Lakukan solat dengan khusyuk(penuh rendah diri) supaya solat kita akan diterima oleh Allah s.w.t.


Maka, marilah sama-sama kita melakukan dan mengamalkan 7 perkara di atas setiap hari secara istiqamah(bimakna berterusan)…Mungkin perkara ini nampak sedikit tetapi nilai dan hasilnya amat besar buat kita…sebagai umat Islam, kita kena rajin berusaha dan cuba sedaya upaya kita…tidak lupa juga untuk berhubung dengan Allah melalui doa dan amal ibadah …Allah akan tolong kita dalam pelbagai cara…Insya-Allah...

Friday, 8 November 2013

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat atau Tinggalkan Solat

Kita tahu bahawa meninggalkan solat ataupun tidak solat dengan sengaja hukumnya adalah dosa besar dan ia lebih hina daripada khinzir. Lihatlah, betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat.

Kita cuba flashback kisah Nabi Musa A.S. Ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga tetapi beliau tiada zuriat. Maka lelaki itu pun bernazar dan berkata dalam hatinya, “jika aku dikurniakan zuriat, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Maka, dengan kuasa Allah s.w.t, Allah pun kurniakan zuriat kepada pasangan tersebut. Kemudian, lelaki itu pun berfikir semula dan berasa amat runsing kerana dia sudah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Menurut syariat pada zaman Nabi Musa adalah berbeza berbanding dengan syariat pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Jika pada zaman Nabi Muhammad, tidak perlu tunaikan jika nazar sesuatu perkara yang haram tetapi mesti dikenakan dam(bimakna denda) atau sedekah. Manakala pada zaman Nabi Musa pula, jika sesiapa yang bernazar walaupun ianya haram pun tetap kena tunaikan nazar tersebut.

Kemudian, lelaki tadi pergilah bertemu dengan Nabi Musa dengan rasa amat susah hati lalu beliau menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Nak tahu apa yang Nabi Musa jawab??? Nabi Musa pun menjawab bahawa lelaki tersebut tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi perlu minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Maka Nabi Musa pun perintahkan lelaki itu untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun menurut perintah Nabi Musa dengan senang hatinya.

Izharnya, kisah ini menunjukkan bahawa betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sampai air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Akan tetapi, setelah kita dapat tahu tentang kisah tersebut, adakah kita terfikir bagaimana pula dengan air tangan orang yang tinggalkan solat???

Apabila difikirkan semula, kita sering merasakan masakan air tangan ibu, isteri dan juga kawan-kawan kita. Jadi kepada muslimin dan muslimat, peliharalah solat kamu semua kerana jika kamu meninggalkan solat(tanpa uzur), air tangan kamu akan menitik ke dalam basuhan dan masakan kamu. Anak-anak, suami dan kawan-kawan yang lain pula akan makan masakan kamu itu. Mahukah kita membiarkan hati mereka menjadi gelap apabila merasakan masakan dari air tangan orang yang meninggalkan solat??? Tergamakkah kita untuk melakukan perkara seperti itu kepada mereka yang tidak bersalah??? Tidakkan???
 Maka dengan ini, marilah kita fikirkan sejenak dan ambil iktibar daripada kisah Nabi Musa di atas.


                                           

La Tansa Abadan Zikrullah (Jangan Sesekali Lupa Mengingati Allah)

Jangan sesekali lupa mengingati Allah, seorang hamba tidak akan melupakan tuannya
Mengingati Allah adalah ibadah, nur(cahaya), halawah(kemanisan), dan kebahagiaan
Melihat wajah Allah adalah ganjaran terbaik(di akhirat kelak), maka terbanyakkanlah dalam bicaramu(menyebut) ya Allah, subhanallah...

Mudah sangat untuk kita ingat pada Allah :- 
c -  Samada kita keluar beramai-ramai sebutlah ya Allah
   -  Atau berada bersama dengan orang ramai sebutlah ya Allah
   -  Terutamanya pada hari Jumaat sebutlah ya Allah
   -  Jika kita rasa gembira sebutlah ya Allah
   -  Mahupun kita sedang kecil hati sebutlah ya Allah
   -  Samada kita pergi ke pasar sebutlah ya Allah
   -  Atau berada di pasar sebutlah ya Allah
   -  Atau ditimpa sesuatu yang buruk sebutlah ya Allah
   -  Menaiki kereta sebutlah ya Allah
   -  Menaiki kapal terbang sebutlah ya Allah
   -  Ataupun niat untuk menziarah sebutlah ya Allah

Basahkanlah lidah kamu dengan haruman lailaha illallah(tiada Tuhan yang lain disembah melainkan Allah)

Subhanallah, begitu mudah untuk kita ingat pada Allah…maka janganlah kita lupa pada Allah…kita mestilah sentiasa ingat pada Allah setiap hari walaupun dimana-mana pun kita berada dan tidak kira masa atau tempat…ingatlah kita pada Allah s.w.t…insya-Allah…marilah sama-sama kita amalkan…



Thursday, 7 November 2013

Marilah Kita mengamalkan 2-S

Apakah itu 2-S??? Maksudnya ialah senyum dan salam…Seperti yang kita tahu bahawa senyum itu adalah sedekah dan bersalaman itu adalah amalan yang mulia…tapi kenapa kita perlu mengamalkannya??? Maka inilah dia kelebihannya(bonus) …

Jika kita senyum:-

1. Senyuman adalah salah satu senaman yang terbaik dan paling efektif untuk menyihatkan wajah kita bukan sehari malah mungkin setiap hari jika diamalkan

2. Dengan senyum juga kita boleh mengurangkan lemak dan munculnya kedutan pada wajah kita supaya tidaklah nampak tembam sangat nanti

3. Selain itu, senyuman juga dapat memberi dan melancarkan aliran darah di sekitar saraf wajah kita. Ini bermaksud, apabila darah mengalir pada saraf, ia boleh elakkan wajah kita daripada rasa lemah

4. Menggerakkan satu kali bibir untuk  tersenyum pun sudah mampu menyebabkan ribuan urat saraf yang terdapat dalam seluruh tubuh mengalami pergerakan

Jika kita salam:-

1. mampu mengeratkan lagi tali silaturrahim, sekali gus mampu melenyapkan dendam dan dengki terhadap orang lain

2. memperoleh kedudukan yang tinggi di akhirat kelak
“sebarkan salam nescaya kamu semua akan memperoleh kedudukan yang tinggi.” (Riwayat al-Bukhari)

3. boleh mewarisi syurga
“berilah makan dan sebarkan salam, nescaya kalian akan mewarisi syurga.” (Riwayat al-Dhiya’)

4.mendapat keselamatan di dunia dan akhirat(fid dunnya wal akhirah)

“sebarkan salam nescaya kamu akan selamat.” (Riwayat Ahmad)


Rasulullah bersabda :- “Jangan meremehkan sedikit pun amal 
kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah 
berseri-seri(senyum).” (Riwayat Muslim)


Diriwayatkan daripada al-Bara’ bin Azib, Rasulullah bersabda :- 

“Jika dua orang Muslim bertemu, kemudian bersalaman, seterusnya memuji Allah dan memohon ampun kepadaNya, 
mereka akan mendapat keampuanan.” (Riwayat Abu Dawud)

Subhanallah, betepa indahnya Islam ini…cantikkan segala yang 
Allah telah susunkan dalam isi kandungan Islam…subhanallah 
walhamdulillah wala ila haillallah Allahu akbar…

Maka dengan itu, apa salahnya jikalau kita menghadiahkan 
seseorang itu dengan senyuman kemudian bersalaman…insya-
Allah…lillahi ta’ala…

“tidak ada ibadah yang tidak mampu kita lakukan pada setiap 
hari kerana dengan senyuman sahaja sudah dianggap sebagai 
amal kebaikan yang dituntut.”





Monday, 9 September 2013

Gunalah Masa Yang Ada Dengan Sebaik-baiknya

Kita sering lupa tentang masa kita...kadang-kadang kita alpa dan lalai...terlalu banyak sangat kita membazirkan masa kita dengan perbuatan-perbuatan yang lagha(sia-sia) dan maksiat...

Kita tidak tahu bila akan berlakunya hari kiamat...jadi kita mestilah menggunakan masa yang Allah berikan pada kita dengan sebaiknya...contohnya seperti melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan amalan sunnah...hati dan niat kita mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t dalam melakukan segala suruhan-Nya...insya-Allah...kita akan mendapat halawatul iman(bimakna kemanisan iman)...

Janganlah kita membazirkan masa kita dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat...seperti fitnah memfitnah, berzina berjudi dan segala larangan Allah s.w.t...dengan melakukan perkara-perkara ini...kita akan bukan sahaja mendapat balasan di akhirat, malah iman kita juga akan berkurang dan sukar untuk mendapat halawatul iman daripada Allah s.w.t...

Sementara umur kita masih panjang, marilah kita memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan...sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah akan mengampunkan segala kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan...insya-Allah...

Jadi ingatlah, setapak kaki kita melangkah, sedetik usia kita akan bertambah...soal pada hati kita apa yang telah kita lakukan pada masa lepas...dan soallah hati kita apa yang kita mahukan di masa hadapan...janganlah kita mengimbau perkara yang sudah terjadi...tetapi kukuhkanlah hati dan tingkatkan kesabaran kita...dan mulakanlah langkah kita untuk memenuhi sesuatu impian dalam seribu kemungkinan...insya-Allah...

Sama-samalah kita menjaga masa dan ingatkanlah kepada rakan-rakan kita supaya menjaga masa mereka juga...berdoalah kepada Allah s.w.t supaya dijauhkan daripada lalai...

Pepatah arab pernah berkata :-


maknahu(maknanya) :- 
" masa itu ibaratkan pedang, jika kamu tidak memotong ia, maka ia akan memotong kamu".

nyawa itu singkat, masa itu cepat...tiada putar balik dan tidak boleh dimainkan semula...assalamua'alaikum...:-)...