Total Pageviews

Wednesday, 28 May 2014

Di Sebalik 3 Tanggapan Keburukan

         Pada suatu hari Imam as-Syafie r.a telah datang berkunjung ke rumah Imam Ahmad bin Hambal. Sesudah makan malam bersama, lalu Imam Syafie masuk ke bilik yang telah  disediakan oleh Imam Ahmad untuknya supaya beliau segera berbaring(tidur) hingga esok fajar.

     Puteri Imam Ahmad yang mengamati Imam Syafie sejak daripada kedatangannya sampai masuk ke bilik untuk tidur berasa sungguh pelik, lalu bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur. "Ayah! ayah selalu memuji dan mengatakan bahawa Imam Syafie itu seorang ulama yang alim. Tetapi setelah aku perhatikan banyak yang perkara yang tidak berkenan di hatiku dan tidaklah sealim yang aku sangka."


     Imam Ahmad pun agak terkejut mendengar perkataan yang keluar daripada mulut puterinya. Beliau pun bertanya kembali. "Ia memang seorang yang alim wahai anakku, mengapa engkau berkata sedemikian?"


     Puterinya berkata lagi. "Aku perhatikan ada tiga hal(perkara) kekurangannya ayah. Pertama pada waktu disajikan makanan, makannya dengan begitu lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke biliknya, ia tidak bangun untuk solat malam. Dan yang ketiga, ia solat Subuh dengan kita tanpa berwuduk."



     Imam Ahmad merenungkan perkataan anaknya itu. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan ingin mengetahui dengan lebih tafsil(bi makna = jelas/teliti), dia menyampaikan pengamatan puterinya itu kepada Imam Syafie.



     Setelah menceritakan segalanya kepada Imam Syafie, maka Imam Syafie pula tersenyum apabila mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu Imam Syafie pun berkata. "Wahai sahabatku Ahmad, ketahuilah, aku banyak makan di rumahmu kerana aku tahu makanan yang ada di rumahmu itu jelas sekali halal dan ada keberkatannya. Aku tidak meragukannya sama sekali, kerana itulah aku boleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang yang pemurah. Makanan orang yang pemurah itu adalah ubat dan makanan orang yang bakhil itu adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk berutbat dengan makananmu."



     Kemudian, Imam Syafie berkata lagi. "Ya Ahmad, sedangkan mengapa aku tidak bangun solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat di hadapanku kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dengan izin dari Allah, malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ilmu fiqah Islam sehingga aku tidak sempat untuk melakukan solat malam."


     Dan Imam Syafie berkata lagi. "Dan kenapa aku tidak berwuduk lagi ketika menunaikan solat Subuh bersamamu, kerana aku pada malam itu tidak dapat tidur walau sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat fajar dengan wuduk solat Isyak."


Subhanallah...:-)

Sunday, 25 May 2014

Jom Belajar Bahasa Arab

Assalamu'alaikum...mula-mula saya nak minta maaf sebab sudah lama tak update kerana agak sibuk sikit...:-)...

Untuk topik kita kali ini ialah mari belajar bahasa arab...kenapa mesti bahasa arab??...sebab bahasa arab itu kan bahasa syurga...semua umat islam yang akan ke syurga akan bertutur dalam bahasa arab pun...dalam kitab Al-Quran pun tertulis dalam bahasa arab...kerana apa??...bahasa arab mempunyai gaya bahasa yang amat tinggi dan tiada siapa pun boleh tandingi bahasa arab...subhanallah...hebatnya kuasa Allah...:-)...jom belajar bahasa arab...

Ya/Yes = Aywa

Tidak/No = La'

Dipersilakan(Tolong)/Please = Min fadlik

Terima kasih/Thank you = Syukran

Sama-sama/You're welcome = Afwan

Saya/I = Ana

Awak/You = Enta(L) Enti(P)

Kami/We = Ehna

Mahu(Ingin)/Want = A'yez(L) A'yza(P) 

Baik/Good = Kwayyis

Buruk(Jahat)/Bad = Wehesh

Hai/Hello = Ahlan

Selamat jalan/Goodbye = Ma'assalama

Selamat pagi/Good morning = Sobah ul khair

Selamat petang/Good evening = Masa' ul khair

Selamat malam/Good night = Tasbah ala khair

Apa nama awak?/What's your name? = Ismak eyh?(L) Ismik eyh(P)

Tidak mengapa/Never mind = Maalesh/La baksa

Apa khabar?/How are you = Ezzayyak(L) Ezzayyik(P)

Berapa harganya?/How much does this cost? = Bikaam?

Apakah ini?/What is this? =  Eh daa?

Di mana...?/Where is...? = Feyn...?

Saya ingin membeli.../I would like to buy... = A'yes ashtariy...

Adakah awak mempunyai...?/Do you have...? = Andak(L) Andik(P)

Banyak sangat/Too much = Keteer

Pasar/Market = Su'

Sarapan pagi/Breakfast = Fitar

Makan tengah hari/Lunch = Ghadaa

Makan malam/Dinner = Aashaa

Vegetarian = Nabati

Tolong bawa resit harga/Please bring the bill = El hisab min fadlik

Saya cintakan awak/I love you = Ana bahebak

Mari/Lets go = Yalla

Teksi/Taxi = Taxi

Tiada masalah/No problem = Mafish mushkila

Tahniah/Congratulations = Mabruk




selamat beramal semua...:-)...insyaAllah




Sunday, 16 March 2014

Cabaran

Ketika aku sedang mengemas rumah...aku terlihat gambar ku bersama dengan papa semasa graduasi di UPSI pada beberapa tahun yang lepas...tiba-tiba, aku teringat sesuatu dan mengimbau semula kenangan semasa di universiti dulu...di mana aku menghantar surat kepada papa...surat itu tertulis...

"Papa...datanglah ke sini...Aini perlukan nasihat papa!"

Setelah papa tiba di kolej kediamanku di UPSI...aku terus mengadu kepada papa...

Aini : Papa!...akhirnya papa datang jugak!

Papa : Kenapa ni Aini?...ada masalah ke?

Aini : Masalahnya.....Aini tension la belajar kat sini! Exam dah nak dekat! Rasa macam nak berhenti je...(sambil menitiskan air mata)

Papa : Aini...jangan macam tu sayang...macam ni la...apa kata Aini cuba alihkan perhatian sekali sekala kepada aktiviti yang relaks dan tak membosankan...mana tahu dengan cara macam tu dapat mengurangkan tension yang sedang Aini hadapi...

Aini : Emmm...aktiviti apa papa?

Papa : Macam-macam boleh buat...oh ya, papa ada bawakan sebiji benih pokok bunga...nah!...jagalah pokok bunga ni baik-baik...(sambil menghulurkan pokok bunga itu kepada ku)

Aini : Emmm...insyaAllah...tapi...bunga apa ni papa?...

Papa : Ohh...itu rahsia...Aini akan tahu sendiri apabila bungan tu dah membesar dan mengeluarkan bunga...(dia tersenyum melihat gelagat anaknya membelek-belek pasu bunga itu)...baiklah...papa balik dulu ya...ingat, jangan biarkan pokok tu terbiar mati macam tu je ok?...selamat maju jaya...assalamualaikum...

Aini : Waalaikumussalam...emmm...pokok bunga apa ni sebenarnya ya?...kenapalah papa suruh aku tanam bunga? tak ada aktiviti lain ke nak dibuat?...(bisik di dalam hatiku dengan penuh tanda tanya)

Keesokkan harinya...

Aini : Arrgghhh...tensionnya study!!!...erkk...a'ah la...pokok bunga tu...(melihat ke arah pokok bunga yang diberi oleh papa)...baiklah, saya akan cabar diri untuk menyahut nasihat papa!...(kataku dengan penuh semangat)

Maka...aku pun meluangkan masanya dengan menanam bunga itu...meletakkannya di tepi tingkap...setiap hari aku menyiram dan membaja pokok tersebut...

Beberapa hari kemudian, tunas pokok pun tumbuh...

Aini : Alhamdulillah...wah!!...berjaya jugak!!...(aku senyum dengan penuh riang)...agaknya, 'siapa' awak ni ya?...emmm...tak sabar-sabar nak tengok awak membesar...(walaupun masih menjadi tanda tanya, tetapi hatiku begitu gembira)

Hari berganti hari...minggu berganti minggu...akhirnya, pokok itu pun membesar dan menghasilkan bunga yang cantik...

Aini : Ehh...bunga ros!...cantiknya awak ni!...hehehe...suka sangat tengok awak...mulai saat ni, saya akan jaga awak...dan awak pun kenalah temankan saya ok?...hehehe...(aku tersenyum sambil berbisik dengan bunga ros itu)

Di suatu petang ketika aku sedang mengulangkaji...

Aini : Ya Allah...semerbaknya bau...sejak saya jaga bunga ni, saya dah tak stress lagi dah...merasakan hari saya sentiasa hidup...(aku terus bangun untuk melihat pokok itu)...ehh...banyaknya rumput...ishhh, nak bersihkanlah...

Dengan ujian Allah, maka...

Aini : Ouchh...aduh, sejak bila pulak bunga ros ni tumbuh duri?...isshh...bencilah!...sakit tau!...saya dah tak nak jaga awak lagi lah!...argghhh...tensionnya!...exam tinggal beberapa minggu je lagi!

Seminggu kemudian...papa datang ke kolej untuk melawat aku...

Aini : Papa!

Papa : Ya Aini...kenapa ni?...ada masalah lagi ke?

Aini : Maaf papa...Aini tak dapat nak jaga pokok bunga yang papa bagi tu...pokok bunga tu tumbuh rumput...aini nak bersihkan, tapi kat pokok bunga tu ada banyak sangat duri...habis jari-jari Aini luka...sakit tau!...lepas tu, Aini biarkan je, sebab Aini tak nak tambahkan beban lagi...Aini nak fokus kepada study...tapi...

Papa memotong kata-kata aku...

Papa : Aini...papa sengaja minta Aini jaga pokok tu...cuba Aini lihat...pokok tu menghasilkan bunga ros yang cantik...maka, kita perlu jaga bunga tu untuk memastikan dia terus cantik...dalam pada masa yang sama...rumput pun akan tumbuh...walaupun kita tak ada niat pun untuk tanam rumput tu...tak apalah...buang rumput tu...ingat, bukan sebarangan orang boleh bersihkannya...sebab kat pokok tu ada duri...jadi Aini kenalah cari cara lain bagaimana nak atasi masalah ni...setiap sesuatu yang berlaku itu...pasti ada cabarannya...jadi, kita perlu bersedia untuk menghadapinya...cuba fikirkan cara macam mana untuk menyelesaikannya...bukan dibiarkan masalah itu terus-menerus menguasai kita...

Esoknya...aku melihat pokok bunga...kata-kata papa masih terngiang-ngiang di dalam fikiran ku...

Aini : Baiklah...saya akan cabar diri untuk menyahut nasihat papa!...(dengan penuh semangat)...saya tak akan biarkan rumput-rumput ini menjadi masalah...saya akan terus berusaha untuk memastikan bunga ros ni terus hidup...

Setelah selesai membersihkan rumput yang banyak tu...

Aini : Alhamdulillah...selesai!...hasilnya awak nampak lebih segar dan mekar sekarang...ohh...macam nilah kehidupan!...sebarang masalah, kita fikirkan jalan bagaimana untuk mengatasinya...insyaAllah...pasti ada jalannya...(aku berasa gembira melihat pokok bunga tu)...

Alhamdulillah...kini aku sudah berjaya dalam pelajaran aku dan sudah mempunyai kerjaya yang aku minati...walaupun papa sudah tiada di dunia ni lagi...aku masih menjaga pokok yang papa berikan kepada ku itu...dengan pokok bunga itulah aku dapat mengimbau senyuman dan tangisan bersama papa...alhamdulillah...berkat doa dan nasihat papa, aku dah berjaya dengan izin dari Allah...



pengajaran :- 


" setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, sama ada kenikmatan ataupun musibah...agar seseorang itu bertambah sabar, semakin kuat cita-citanya dan semakin tetap dan istiqamah dengan pendiriannya "





 J 

Tuesday, 11 February 2014

Tutuplah Semua Pintu Zina

     Assalamu’alaikum…topic kita pada kali ini ialah tentang zina…seperti yang kita tahu…zina kini sedang berleluasa di setiap negara dan zina merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah dalam Islam…hai ini kerana zina itu sendiri mampu merosakkan nasab keturunan dan  meruntuhkan maruah seseorang…


     Dalam al-Quran, Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina, malah turut melarang kita daripada mendekatinya…benarlah bak kata pepatah Arab pernah menyebut :-

“Daripada pandangan, mula senyuman, kemudian percakapan dan akhirnya pertemuan”


  Allah menjadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan keburukan…namun, apa yang Allah perintah dan kehendaki itu pasti ada kebaikannya…begitulah dengan segala pancaindera yang Allah telah kurniakan dan pinjamkan kepada kita ini…kesemuanya itu haruslah dijaga dan dilorongkan(dibawakan) ke arah kebaikan, bukannya ke arah kemaksiatan…mereka yang sering melakukan zina kecil ini akan memberikan mudarat buruk kepada hati…contohnya seperti, apabila seseorang itu telah melakukan zina berkali-kali, maka hatinya akan mula menjadi hitam(rosak)…hati yang telah hitam amat susah untuk menerima sesuatu perkara yang baik seperti ilmu…apabila ilmu susah untuk diterima oleh hati kita, maka ini menunjukkan iman kita semakin berkurang malah boleh menjadi rosak…apabila iman kita kurang, maka susah untuk berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah…apabila tidak melakukan ibadat Allah, maka susahlah kita untuk mendapat keberkatan dan kebaikan daripada Allah…hati yang rosak inilah seterusnya akan memilih untuk melakukan zina besar…inilah yang diingatkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. :-

“Tidak akan berzina seorang penzina itu ketika ada iman(di dalam hatinya)”
 (Riwayat Muslim)


Seperti yang kita tahu bahawa terdapat 2 jenis zina iaitu zina kecil dan zina besar…

Zina kecil :- berpunca daripada pandangan, pendengaran, percakapan, sentuhan dan langkahan, termasuklah semua perbuatan yang boleh merangsang syahwat dan nafsunya…zina kecil ini mendatangkan kemurkaan Allah dan dosa, namun hokum hudud tidak akan dikenakan ke atas pelakunya…


Zina besar :- berlakunya persetubuhan haram antara pasangan lelaki dan perempuan bukan suami isteri yang sah…hukuman ke atas pelakunya ialah 100 sebatan bagi pelaku bujang dan hukuman rejam sehingga mati dikenakan bagi pelaku yang sudah berkahwin…hukuman ini tertakluk di bawah hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah…


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :-

“Sepasang mata boleh berzina melalui penglihatan, sepasang telinga boleh berzina melalui pendengaran, lidah boleh berzina melalui percakapan, sepasang tangan boleh berzina melalui sentuhan dan sepasang kaki boleh berzina melalui(tujuan) langkahan. Manakala hatinya sentiasa bernafsu dan berkeinginan, serta kemaluannya yang akan membenarkan atau menidakkan.” 
(Riwayat Muslim)


     Akan tetapi, jika kita mendapat tahu bahawa ada seseorang itu telah melakukan zina, maka janganlah kita mengutuk, mengaibkan, mencaci, menghina dan memaki-hamun…kerana dia juga adalah manusia biasa seperti kita…pada dasarnya, memanglah kesalahan itu dating daripada dirinya sendiri…tetapi kita kenalah ingat bahawa setiap manusia yang ciptakan itu tidaklah sempurna dan semua manusia tidak akan lepas daripada melakukan dosa…dan kebanyaknya golongan yang mudah diancam dengan zina ini sudah tentunya golongan remaja… jika perkara ini berlaku, maka bantu dan bangkitkanlah semangat dia untuk berubah kea rah kebaikan…bimbingilah dia dengan ilmu agama Islam…insyaAllah…dia boleh berubah kepada lebih baik…jika kita mengutuk dan mengaibkan si penzina itu, maka kita akan mendapat dosa kerana penzina itu mungkin dikalangan orang Islam…orang Islam adalah saudara kita juga…tidak malukah kita jika kita sendiri mengaibkan saudara kita sendiri???...seelok-eloknya bantulah dia ke jalan yang benar semula…bawalah dia pergi ke majlis ilmu, kuliah ataupun kelas agama, ceramah agama, berikan risalah-risalah tentang kehebatan agama Islam…tidak ke mudah untuk melakukan perkara itu???...


     Ya, memanglah penzina itu telah melakukan dosa besar, tetapi pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka…maka bantulah dia supaya  segera bertaubat dan kembali kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun…tutuplah pintu-pintu zina serapat-rapatnya…kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini…alhamdulillah…dan Allah sentiasa menunggu taubat kita untuk diampunkan dosa-dosa yang lalu…insyaAllah…


   Sebagai peringatan, janganlah kita sembarangan menerima kenalan baru dan berkongsi segala-galanya di laman social…sekiranya kita memperuntukkan masa dengan orang yang berlainan jantina melalui teknologi melebihi masa bersama keluarga sendiri…maka sikap ini mestilah diperbaiki dengan segera...


   Jika kita menolong seseorang itu ke arah kebaikan, maka perbuatan itu akan memberikan atau digantikan dengan halawatul iman(kemanisan atau kelazatan iman) oleh Allah…sebagai saudara seIslam, kita mesti hendak berkongsi perkara yang manis…jadi, marilah sama-sama kita mencari dan menolong antara satu sama lain untuk mendapatkan halawatul iman itu…insyaAllah…dan Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan sebuah hadis kudis yang bermaksud :-

“Pandangan merupakan salah satu anak panah beracun Iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKu, pasti Aku akan menggantikannya dengan kelazatan iman yang ia akan rasai dalam hatinya.” 
(Riwayat at-Tabarani)


Info tambahan :-

Hadis kudsi :- hadis yang disandarkan maknanya daripada Allah tetapi lafaznya disebut oleh Rasulullah s.a.w….dan hadis kudsi berbeza dengan hadis, kerana hadis disandarkan lafaz dan maknanya daripada Rasulullah s.a.w….


Maaf jika terdapat kesalahan ayat ataupun kata-kata…jika ada, silalah tegur saya…kerana saya pun hanyalah insan biasa juga…insyaAllah…  J




Saturday, 8 February 2014

25 Rasul (Part 1) - Nabi Adam Digoda Iblis

Assalamu'alaikum...seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai kisah-kisah yang ada pada zaman para-para rasul kita...dalam kisah-kisah tersebut juga mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai iktibar seperti mana yang telah tertulis di dalam al-quran, surah yusuf...


"Demi sesungguhnya kisah para Nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-diadakan tetapi ia mengisahkan apa yang disebut dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang(mahu) beriman"
(Surah Yusuf 12:111)

     Allah memberitahu para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia. Allah menyuruh para malaikat mengambil tanah liat yang kering berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Setelah Allah menjadikan rupa bentuk manusia, Allah pun meniup roh kepadanya.

     Kemudian, Allah menyuruh para malaikat supaya sujud maka semua malaikat pun sujud kecuali Iblis(Azazil)[Kisah Azazil(Ketua Malaikat) Diusir Dari Syurga untuk tahu cerita selanjutnya]. Iblis sombong akan keturunannya yang dijadikan daripada nar(bimakna api), sedangkan Nabi Adam hanya daripada tanah liat kering. 

     Setelah itu, Nabi Adam tinggal seorang diri di dalam syurga. Ketika baginda termenung di bawah sepohon pokok, baginda ternampak sepasang burung sedang bergurau senda(berjenaka). Terdetiklah di hatinya mengharapkan seorang teman yang dapat bercakap dan berbual dengannya. Kemudian, baginda tertidur dan bermimpi didatangi oleh seorang wanita yang cantik. 

     Lalu, baginda pun tersedar daripada tidurnya dan mendapati bahawa ada seorang wanita cantik di sisinya. Wanita itu bernama Siti Hawa. Allah pun mengahwinkan mereka berdua dengan disaksikan oleh para malaikat. Maka, hiduplah mereka dengan bahagia di dalam syurga yang penuh nikmat. 

     Pada masa yang sama, Iblis pula berasa amat sakit hati akan Nabi Adam. Maka, Iblis meminta izin daripada Allah untuk menggoda Nabi Adam dan anak cucunya. Sebelum ini, Allah telah berpesan kepada Nabi Adam agar menjauhkan diri daripada sepohon pokok iaitu pokok khuldi. Kemudian, Iblis pun mencari peluang dengan memujuk Nabi Adam supaya mengambil buah larangan itu. Tetapi Nabi Adam tidak mahu kerana takut akan Allah. Iblis tidak mengaku kalah dan terus memujuk Siti Hawa pula. Akhirnya, dia tergoda lalu memujuk Nabi Adam supaya mengambil buah tersebut. Nabi Adam berasa kasihan akan Siti Hawa hingga terlupa akan larangan Allah lalu mengambil buah tersebut dan makan bersama-sama. Setelah mereka berdua memakan buah tersebut, Allah menghukum mereka lalu mencampakkan ke bumi dan hiduplah mereka di bumi dengan pelbagai rintangan.

     Sewaktu berada di dalam syurga yang penuh nikmat, Nabi Adam dan Siti Hawa hidup bahagia. Mereka tidak pernah berasa penat dan takut. Setelah Allah menurunkan mereka ke bumi, mereka mendapati bahawa bumi ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang tinggi dan rumpu-rumput. Terdapat pelbagai jenis haiwan buas yang menimbulkan perasaan takut di dalam hati mereka berdua. Mereka bimbang jika binatang buas tersebut menyerang dan memakan mereka. 

     Nabi Adam dan Siti Hawa tinggal di dalam sebuah gua yang tinggi untuk menghindari daripada bahaya. Apabila berasa lapar, maka Nabi Adam terpaksa turun mencari makanan di tengah-tengah hutan. Nabi Adam terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan makanan dengan dibantu oleh Siti Hawa. Mereka bersusah payah menjalani kehidupan sebagai manusia pertama di atas muka bumi ini bersama-sama. 

     Tidak lama kemudian, Siti Hawa pun hamil. Setelah cukup tempohnya, dia pun melahirkan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki mereka diberi nama Qabil manakala anak perempuan pula Iqlima. Nabi Adam sangat gembira dengan kelahiran kedua-dua anak kembarnya itu. 

     Siti Hawa tidak lagi dapat membantu Nabi Adam bekerja kerana dia telah mempunya tugas baru, iaitu menjaga kedua-dua cahaya mata mereka. Setahun kemudian, Siti Hawa hamil lagi dan melahirkan sepasang lagi anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki itu bernama Habil dan anak perempuan itu pula bernama Labuda.

     Setelah Qabil dan Habil menjadi remaja, mereka membantu bapa mereka bekerja. Qabil berbadan besar dan kasar orangnya berbanding dengan Habil. Namun begitu, Habil pula bukan sahaja mempunyai tenaga yang lebih kuat malah dia sangat baik hati dan halus perasaannya. 

   Pada suatu hari, Nabi Adam memanggil kedua-dua anak lelakinya. Mereka berdua diberi tugas tambahan. Qabil ditugaskan bercucuk tanam manakala Habil pula ditugaskan menternak lembu dan kambing. Semakin hari rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Kemudian, Nabi Adam terdetik untuk menguji kedua-dua anaknya itu, bahawa adakah mereka akan berterima kasih atas nikmat tersebut. Nabi Adam menyuruh Qabil dan Habil pergi ke puncak sebuah bukit dan meletakkan sebahagian daripada hasil usaha mereka. Tujuannya adalah supaya hasil tanaman dan ternakan itu akan dimakan oleh mana-mana makhluk Allah di muka bumi ini. Inilah yang dikatakan zakat(bimakna pembersihan) dan pengorbanan kepada Allah. 

     Habil sungguh gembira dengan arahan bapanya itu lalu memilih kambing yang gemuk manakal Qabil pula menerima dengan hati yang berat lalu memilih buah-buahan yang sudah busuk dan rosak. Ternyata korban Habil diterima oleh Allah kerana keikhlasannya. 

Wallahu'alam bissawab...

Maka dengan sesungguhnya, Iblis itu ialah musuh manusia yang nyata...kita mestilah melawan godaan Iblis dengan mentaati perintah Allah...dan bersyukurlah dengan segala pemberian dan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita...jaga dan gunakanlah nikmat-nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya...insyaAllah... :-)



Sunday, 26 January 2014

Kisah Azazil(Ketua Malaikat) Diusir Dari Syurga

     Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat. Namun sebenar-benarnya Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Azazil ketua malaikat. Berikut ialah kisah Azazil diusir dari syurga kerana sikap takbur.Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:

“Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…”
 (Surah Al-Kahf : ayat 50)

     Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi ketua malaikat ataupun imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

     Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan : “Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”.

     Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :“Ya Allah, Janganlah Engkau murka terhadap mereka (para malaikat)”

    Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan : “Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”



     Selain doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali juga sebagai Sayyidul Malaikat alias (penghulu para malaikat) dan Khazinul Jannah (bendaharawan syurga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menggelarkan Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meskipun berbeza-beza iaitu :

1. Di langit lapis pertama , ia digelar sebagai A’bid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah.


2. Di langit lapis kedua, ia digelar sebagai Raki’ atau ahli rukuk kepada Allah.


3. Di langit lapis ke tiga, ia digelar Saajid atau ahli sujud yang sentiasa sujud kepada Allah.


4. Di langit ke empat, ia digelar Khaasyi kerana selalu merendahkan diri(khusyuk) dan takluk kepada Allah.


5. Di langit lapis kelima, ia digelar sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah.


6. Di langit keenam,ia digelar Mujtahid, kerana ia bersungguh-sungguh(ijtihad) ketika beribadah kepada Allah.


7. Di langit lapis ketujuh, ia digelar Zaahid, kerana bersederhana dalam menggunakan sarana hidup.

     Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.

"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
(Surah Al Baqarah :ayat 30)



Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah :

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau.”

(Surah Al Baqarah :ayat 30)

Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahawa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Surah Al Baqarah :ayat 30)


     Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?” 
(Surah Israa :ayat 61) 

     Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis(Azazil), yang irihati apabila Allah hendak melantik Nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya. Dia berkata lagi:

“Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”
(Surah Israa :ayat 62)


Allah berfirman (kepada iblis): 

“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.” 
(Surah Israa : ayat 63)

     Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelaran dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tidak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelar baru baginya Iblis : "Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabbur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?" Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menentang dan berkata,
"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."

Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman :

"Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

     Azazil(Iblis), sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

     Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata : "Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."

     Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tidak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya : "Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan.". Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka. Maka kata Allah :"Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."

Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya kerana Allah itu Maha Mengetahui dan lagi Maha Bijaksana...semoga kita boleh mengambil kisah ini sebagai iktibar buat diri kita...insyaAllah... :-)...