Assalamu’alaikum…topic kita pada kali ini ialah tentang
zina…seperti yang kita tahu…zina kini sedang berleluasa di setiap negara dan
zina merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah dalam Islam…hai ini kerana
zina itu sendiri mampu merosakkan nasab keturunan dan meruntuhkan maruah seseorang…
Dalam al-Quran, Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan
zina, malah turut melarang kita daripada mendekatinya…benarlah bak kata pepatah
Arab pernah menyebut :-
“Daripada pandangan, mula senyuman, kemudian percakapan dan akhirnya
pertemuan”
Allah menjadikan setiap sesuatu itu ada kebaikan dan
keburukan…namun, apa yang Allah perintah dan kehendaki itu pasti ada
kebaikannya…begitulah dengan segala pancaindera yang Allah telah kurniakan dan pinjamkan
kepada kita ini…kesemuanya itu haruslah dijaga dan dilorongkan(dibawakan) ke
arah kebaikan, bukannya ke arah kemaksiatan…mereka yang sering melakukan zina
kecil ini akan memberikan mudarat buruk kepada hati…contohnya seperti, apabila
seseorang itu telah melakukan zina berkali-kali, maka hatinya akan mula menjadi
hitam(rosak)…hati yang telah hitam amat susah untuk menerima sesuatu perkara
yang baik seperti ilmu…apabila ilmu susah untuk diterima oleh hati kita, maka
ini menunjukkan iman kita semakin berkurang malah boleh menjadi rosak…apabila
iman kita kurang, maka susah untuk berdoa dan melakukan ibadat kepada
Allah…apabila tidak melakukan ibadat Allah, maka susahlah kita untuk mendapat
keberkatan dan kebaikan daripada Allah…hati yang rosak inilah seterusnya akan
memilih untuk melakukan zina besar…inilah yang diingatkan oleh Baginda
Rasulullah s.a.w. :-
“Tidak akan berzina seorang penzina itu ketika ada iman(di dalam
hatinya)”
(Riwayat Muslim)
Seperti yang kita tahu bahawa terdapat 2 jenis zina iaitu
zina kecil dan zina besar…
Zina kecil :- berpunca daripada pandangan, pendengaran,
percakapan, sentuhan dan langkahan, termasuklah semua perbuatan yang boleh
merangsang syahwat dan nafsunya…zina kecil ini mendatangkan kemurkaan Allah dan
dosa, namun hokum hudud tidak akan dikenakan ke atas pelakunya…
Zina besar :- berlakunya persetubuhan haram antara pasangan
lelaki dan perempuan bukan suami isteri yang sah…hukuman ke atas pelakunya
ialah 100 sebatan bagi pelaku bujang dan hukuman rejam sehingga mati dikenakan
bagi pelaku yang sudah berkahwin…hukuman ini tertakluk di bawah hukum hudud
yang telah ditetapkan oleh Allah…
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan beliau berkata,
Rasulullah s.a.w bersabda :-
“Sepasang mata boleh berzina melalui penglihatan, sepasang telinga
boleh berzina melalui pendengaran, lidah boleh berzina melalui percakapan,
sepasang tangan boleh berzina melalui sentuhan dan sepasang kaki boleh berzina
melalui(tujuan) langkahan. Manakala hatinya sentiasa bernafsu dan berkeinginan,
serta kemaluannya yang akan membenarkan atau menidakkan.”
(Riwayat Muslim)
Akan tetapi, jika kita mendapat tahu bahawa ada seseorang
itu telah melakukan zina, maka janganlah kita mengutuk, mengaibkan, mencaci,
menghina dan memaki-hamun…kerana dia juga adalah manusia biasa seperti
kita…pada dasarnya, memanglah kesalahan itu dating daripada dirinya
sendiri…tetapi kita kenalah ingat bahawa setiap manusia yang ciptakan itu
tidaklah sempurna dan semua manusia tidak akan lepas daripada melakukan dosa…dan
kebanyaknya golongan yang mudah diancam dengan zina ini sudah tentunya golongan
remaja… jika perkara ini berlaku, maka bantu dan bangkitkanlah semangat dia
untuk berubah kea rah kebaikan…bimbingilah dia dengan ilmu agama
Islam…insyaAllah…dia boleh berubah kepada lebih baik…jika kita mengutuk dan
mengaibkan si penzina itu, maka kita akan mendapat dosa kerana penzina itu
mungkin dikalangan orang Islam…orang Islam adalah saudara kita juga…tidak
malukah kita jika kita sendiri mengaibkan saudara kita sendiri???...seelok-eloknya
bantulah dia ke jalan yang benar semula…bawalah dia pergi ke majlis ilmu,
kuliah ataupun kelas agama, ceramah agama, berikan risalah-risalah tentang
kehebatan agama Islam…tidak ke mudah untuk melakukan perkara itu???...
Ya, memanglah penzina itu telah melakukan dosa besar, tetapi
pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka…maka bantulah dia supaya segera bertaubat dan kembali
kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun…tutuplah pintu-pintu zina
serapat-rapatnya…kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi
Allah ini…alhamdulillah…dan Allah sentiasa menunggu taubat kita untuk
diampunkan dosa-dosa yang lalu…insyaAllah…
Sebagai peringatan, janganlah kita sembarangan menerima
kenalan baru dan berkongsi segala-galanya di laman social…sekiranya kita
memperuntukkan masa dengan orang yang berlainan jantina melalui teknologi
melebihi masa bersama keluarga sendiri…maka sikap ini mestilah diperbaiki
dengan segera...
Jika kita menolong seseorang itu ke arah kebaikan, maka
perbuatan itu akan memberikan atau digantikan dengan halawatul iman(kemanisan
atau kelazatan iman) oleh Allah…sebagai saudara seIslam, kita mesti hendak
berkongsi perkara yang manis…jadi, marilah sama-sama kita mencari dan menolong
antara satu sama lain untuk mendapatkan halawatul iman itu…insyaAllah…dan
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan sebuah hadis kudis yang bermaksud :-
“Pandangan merupakan salah satu anak panah beracun Iblis. Sesiapa yang
meninggalkannya kerana takut kepadaKu, pasti Aku akan menggantikannya dengan
kelazatan iman yang ia akan rasai dalam hatinya.”
(Riwayat at-Tabarani)
Info tambahan :-
Hadis kudsi :- hadis yang disandarkan maknanya daripada
Allah tetapi lafaznya disebut oleh Rasulullah s.a.w….dan hadis kudsi berbeza
dengan hadis, kerana hadis disandarkan lafaz dan maknanya daripada Rasulullah s.a.w….
Maaf jika terdapat kesalahan ayat ataupun
kata-kata…jika ada, silalah tegur saya…kerana saya pun hanyalah insan biasa
juga…insyaAllah… J